“Nak Buat Macam Mana PKP Ni…” Jihan , Netlzen Syak Jihan Ada Baby Dalam Perut

PUTRAJAYA : Mendapat pertanyaan ramai mengenai perubahan bentuk fizikalnya yang didakwa bak seorang ibu mengandung, pengacara terkenal, Jihan Muse, bagaimanapun menafikan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Menurut Jihan, secara peribadi, dia sememangnya berkeinginan untuk hamil lagi apa lagi apabila memikirkan usianya yang bakal menerjah ke angka 40, dua tahun lagi

Saya mungkin nampak macam mengandung. Nak buat macam mana, berat badan naik sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Eh salahkan PKP pula ya.

“Tapi, jujurnya saya memang nak doa-doa kalian semua sebab memang nak mengandung lagi. Kalau betullah saya sekarang ini mengandung, sudah tentulah saya orang pertama yang akan mencanang.

“Tapi belum lagilah… doakan saya ya!”katanya semasa ditemui selepas berlangsungnya program realiti, Gegar Vaganza musim ke-9 (GV8) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.

Selain itu, ditanya sama ada dia bersetuju busana yang digayakan pada program siaran langsung tersebut menjadi punca dakwaan hamil itu muncul, Jihan juga menafikannya.

“Tak akanlah nak salahkan baju atau pereka fesyen. Kita cuba gayakan sesuatu baju itu, tetapi adakala ternyata kita tak boleh bawa. Pada patung atau gambar, nampak cantik. Jadi, jangan salahkan orang. Salahkan diri sendiri,”katanya.

Sementara itu, Jihan bagaimanapun mengaku tidak berkecil hati dengan tanggapan salah orang ramai dan warganet mengenai soal kehamilan tersebut.

Katanya, jika dirinya merupakan seorang selebriti yang mudah terasa atau tersinggung, barangkali dia tidak akan mampu bertahan dalam industri selama ini.

“Kalau cepat sensitif, tak jadi pelawaklah saya ini. Macam-macam saya dah pernah kena sebelum ini. Soal hamil ini benda baik, saya pun harapkan doa orang ramai. Mungkin lebih ramai yang cakap hal ini,ramai juga yang mendoakan saya.

“Nak kecil hati apa? Kita dah kahwin.Aminkanlah doa-doa itu. Kalau kita tak kahwin lagi, itu yang seram,”selorohnya.

Dalam pada itu, Jihan tidak menolak andai dirinya kembali berbadan dua, dia dan suami akan berkongsi berita gembira tersebut dengan semua pihak.

“Masa saya mengandungkan anak pertama dulu, kandungan usia empat bulan baru saya umumkan. Maklumlah, kita tak tahu jika ia masih di peringkat awal.

“Tapi, ini bukan peringkat awal. Ini peringkat akhir saya sebesar ini. Saya tengah nak diet ini. Awas!”katanya.

Untuk rekod, Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Hariz Faizal, pada tahun 2016.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ungku Harsalan Haq yang kini berusia empat tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Utusan

 

Be the first to comment on "“Nak Buat Macam Mana PKP Ni…” Jihan , Netlzen Syak Jihan Ada Baby Dalam Perut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*