Main Game Ketuk Helmet, Reaksi Gadis Ini Raih Perhatian

 

Baru-baru ini, pernah viral video sekumpulan lelaki yang bermain permainan menggunakan helmet sekaligus membuatkan ramai terhibur dengannya. Sama juga macam situasi yang dikongsikan ini namun lain pula yang menarik perhatian ramai kali ini.

Semuanya gara-gara reaksi salah seorang dari gadis ini yang begitu bersemangat bermain permainan tersebut sehinggga hampir terpelanting rakan yang lain. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih sejuta tontonan setakat ini.

@ymelmao

jgn fyp please 😭 HAHAH calar Maruah member

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan sekumpulan gadis yang cuba bermain permainan yang tular dilakukan di Tik Tok kini. Di dalam permainan ini, si pemakai helmet perlu meneka siapakah yang mengetuk kepalanya dari belakang.

Namun apa yang menarik perhatian kali ini ialah gelagat gadis yang memakai baju ungu yang terlalu bersemangat mengetuknya. Malah setiap kali gilirannya, rakan-rakan yang lain sampaikan tercampak dari kerusi gara-gara pukulannya itu.

gadis

Sehinggakan ada yang berseloroh mungkin juga gadis itu mempunyai dendam yang tersimpan dan sudah lama mahu melepaskan kemarahannya itu.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gelagat mereka bermain permainan ini. Ada juga yang turut terhibur melihat reaksi gadis berbaju ungu itu yang lebih bersemangat dari yang lain.

“Baju purple tu nampak je diam, banyak dendam tau…”

permainan

“Banyak dendam yang tersirat.”

helmet

“Baju purple tu mesti dendam dia banyak kan.”

komen

“Lama sangat mem pendam perasaan tu.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah: 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Main Game Ketuk Helmet, Reaksi Gadis Ini Raih Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*