[VIDEO] Ibu Tak Dapat Ikut Pergi Bercuti, Status MySejahtera Warna Merah.. Rupanya Terlupa ‘Check Out’ Hampir 2 Minggu

Pada September lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan fungsi daftar keluar (check out) untuk pengguna MySejahtera bagi memudahkan pengesanan kontak. Namun, ramai pengguna yang selalu terlupa untuk menekan daftar keluar di aplikasi berkenaan.

Walaupun perkara tersebut dilihat sebagai remeh tetapi ia memberi impak yang burvk jika individu berkenaan tidak mendaftar keluar.

Menerusi video yang dimuat naik seorang wanita dikenali sebagai Eyra Zaharah di TikTok, berkongsi momen yang tidak boleh dilupakan olehnya iaitu kisah percutian mereka sekeluarga yang ‘terbantut’ apabila ibunya tidak dibenarkan menaiki kapal terbang.

Suasana percutian family kali ni bertukar menjadi sendu tanpa mama abah.

Difahamkan ketika mereka berada di lapangan terbang, MySejahtera milik ibunya didapati memaparkan status merah. Rupa-rupanya, si ibu terlupa untuk menekan daftar keluar di aplikasi berkenaan sepanjang hampir dua minggu lepas.

Video:

@eyra.zara

Takpe nanti belanja mama abah sekali lagi #fyp #fypシ #fypage

♬ original sound – bigboss

 

Lupa MySejahtera mama tak check out hampir dua minggu. Biasalah mama cuma reti check in je.

Ujarnya lagi, tidak ada satu pun ahli keluarga mereka yang periksa terlebih dahulu. Pada mulanya mereka fikir perkara berkenaan dapat diselesaikan, namun mereka tidak boleh menolong ibunya kerana nama telah dipanggil. Sebagai pengajaran, dia menasihati orang ramai agar menyemak aplikasi MySejahtera seminggu sebelum pergi bercuti.

Kami semua masuk dulu check in ingatkan perkara kecil boleh settle. Kami semua keluar nak tolong tapi nama semua dah kena panggil. Abah keluar nak tolong mama tapi gate dah tutup. Hanya tinggal seat kosong.

Pengajaran: sebelum nak pergi mana-mana pastikan seminggu sebelum dah check MySejahtera.

Video berdurasi 45 saat itu meraih lebih 348 ribu tontonan dan mendapat lebih 16 ribu tanda suka di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang telah dialami oleh ibu kepada wanita berkenaan. Malah ada juga di antara mereka turut berkongsi pengalaman yang sama iaitu terlupa untuk tekan daftar keluar di aplikasi berkenaan.

Komen Netizen:

Sumber : eyra.zara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

 Sumber : https://ohbulan.com/

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Ibu Tak Dapat Ikut Pergi Bercuti, Status MySejahtera Warna Merah.. Rupanya Terlupa ‘Check Out’ Hampir 2 Minggu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*