Melaka Mengundi: Ini keputusan tak rasmi undi antara Mas Ermieyati dan Ab. Rauf di Tanjung Bidara

 

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mendahului di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Berdasarkan infografik di laman Facebook Parti Keadilan Rakyat (PKR), calon PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin kini mendahului calon-calon lain dengan 444 undi.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ab. Rauf Yusoh memperoleh 294 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hasan mendapat 30 undi.

Bagaimanapun, kiraan itu adalah setakat pukul 7 malam tadi.

Izzate Khasbullah, 31, (kiri) bersama adiknya Izyan Ainaa Khasbullah, 23, menunjukkan dakwat di jari selepas menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Alor Gajah. -UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Peratus keluar mengundi rendah, Anwar mengaku bimbang

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mengaku bimbang dengan peratusan kadar keluar mengundi yang rendah pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang sedang berlangsung hari ini.

Katanya, menilai pada kadar turun mengundi lalu, sepatutnya peratusannya sudah melebihi separuh menjelang tengah hari.

“Selalunya setakat jam 1 (pm), sudah lebih 50 atau 60 peratus. Ia sangat rendah. Itu sudah tentunya membimbangkan kami.

“Sukar untuk nilai, kerana bila kamu pergi (ke Melaka), orangnya santun-santun, tetapi kamu tak boleh berkempen, tak boleh berkumpul ramai-ramai, ia menyalahi SOP,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Jentera Pilihan Raya PKR di Hotel Imperial di Kuching, hari ini.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kadar turun mengundi adalah seramai 57 peratus setakat jam 3 petang tadi, manakala peratusan untuk jam 1 petang hanya pada 43 peratus.

Ditanya tentang peluang PH setakat ini, Anwar menyifatkannya sebagai “baik” menilaikan sambutan yang diterima daripada penduduk Melaka ketika dia turun ke negeri itu, namun pada masa sama, menegaskan keputusan sukar untuk diramalkan.

“Baik, tetapi saya tidak tahu, ia sangat sukar bagi kami untuk menilainya. Apa yang saya yakin, orangnya (Melaka) baik-baik, peramah. Tak ada perbalahan kesat.

“Yang lebih kesat (berbalas kenyataan) adalah antara Umno dan Bersatu. Kami bersih,” katanya lagi.

PRN Melaka kali ini menyaksikan tiga gabungan utama bertarung di Melaka – BN, PN dan PH.

Pengundian akan ditutup pada jam 5 petang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Melaka Mengundi: Ini keputusan tak rasmi undi antara Mas Ermieyati dan Ab. Rauf di Tanjung Bidara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*