Kek0k Bahasakan Diri ‘Ibu’, Rupanya Adik Ipar Sarah Jadi Ibu Susuan Baby Ayash

 

Pejam celik rupanya sudah pun berlalu 100 hari sejak pemergian penyanyi kesayangan ramai, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin. Manakala anak bongsunya, Ayash Affan pula kini dah memasuki usia 3 bulan. Sewaktu majlis bercukur si kecil itu diadakan tempoh hari, jelas kelihatan kasih sayang yang dicurahkan kepadanya oleh ahli keluarga lain.

Beberapa nama rakan artis disebut jadi ibu susuan…Tapi Shuib lebih selesa kalau keluarga sendiri

Sebelum ini, beberapa nama rakan artis sempat disebut orang ramai untuk dijadikan ibu susuan kepada Ayash. Walau bagaimanapun, Shuib menjelaskan adalah lebih lebih selesa jika individu tersebut tergolong daripada kalangan keluarga sendiri selepas mengambil kira beberapa aspek terutamanya dari segi agama.

Bila sembang berdua dengan Ayash, aunty suka bahasakan diri ‘ibu’…Ayash pun anak aunty

Teka-teki siapakah gerangan ibu susuan kepada si kecil berkenaan akhirnya terjawab menerusi satu perkongsian video TikTok. Nur Hidayah Abdullah yang juga merupakan ipar kepada Allahyarhamah mengakui telah susukan Ayash. Tidak dilahirkan dari rahimnya, wanita itu mengakui lebih suka membahasakan dirinya sebagai ‘ibu’ meskipun cukup kekok di hadapan keluarga besar.

@n.hidayahabdullah

Ma third child 🤍 #ayashaffan #sitisarah

♬ Saat Hilang Cintamu – Sarah

Ramai sayang Ayash, muka pun dah ada iras-iras ibu…Bila tengok dia teringat dekat Allahyarhamah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sayu mengenang nasib si kecil berkenaan. Malah ramai yang mengakui bertambah rindu kepada Allahyarhamah tatkala memandang wajah Ayash Affan.

 

Sumber:TikTok n.hidayahabdullah & Portal Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.dnq.pw/

 

Be the first to comment on "Kek0k Bahasakan Diri ‘Ibu’, Rupanya Adik Ipar Sarah Jadi Ibu Susuan Baby Ayash"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*