Hilangkan diri lebih daripada 40 hari, Caprice kongsi sesuatu

 

SETELAH sekian lama menyepi, kini penyanyi rap sensasi Caprice kembali aktif di media sosial berkongsi foto dan video mesra selepas bergelar suami kepada ibu tunggal anak satu

Malah Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, juga berkongsi wajah isteri dan anak tirinya untuk tatapan peminat.

Bagaikan tidak sabar menjalankan tanggungjawab sebagai bapa, Caprice memberitahu akan mengajar anak tirinya Aleesya Sofea itu berbahasa Inggeris dan Perancis.

“Selamat pagi, gang dah kahwin komen di bawah. Saya akan ajar dia (anak tiri) bahasa Inggeris dan Perancis. Shushu,” tulisnya.

Caprice selamat bergelar suami pada Isnin.

Pada petang Isnin, Caprice selamat diijab kabul dengan wanita berstatus ibu tunggal anak satu yang berasal daripada Kelantan iaitu Farra Inalis, 26.

Sementara itu, Caprice turut meminta maaf kerana lama menyepi daripada laman sosial dan berjanji akan berkongsi apa yang berlaku kepada dirinya dalam masa terdekat.

Saya akan ajar dia (Aleesya) bahasa Inggeris dan Perancis.

“Maaf saya menghilangkan diri lebih daripada 40 hari, banyak yang saya lalui. Insya-Allah, saya akan berkongsi apa yang sebenarnya berlaku dalam masa terdekat ini.

“Saya tahu ramai wartawan yang mencari saya berhubung perkara ini kerana mereka fikir saya kahwin senyap-senyap.

“Maaf kerana menyusahkan semua orang, saya akan berkongsi hal ini tidak lama lagi,” ujarnya.

Selamat pengantin baharu Caprice dan Farra Inalis.

Sementara itu rata-rata peminat melahirkan rasa gembira dan mendoakan kesejahteraan penyanyi berkenaan.

“Tahniah Daddy Cap, comel anak… moga berbahagia.

“Congrats bro. I’m so happy for you. Dah ada orang jaga dah,” kata beberapa netizen.

Berdasarkan carian media sosial, wanita yang dikahwini Caprice itu berstatus ibu tunggal anak satu.

Wanita dikahwini Caprice dikhabarkan berstatus ibu tunggal anak satu.

Bagaimanapun pembantu peribadi Caprice yang dikenali sebagai Aiman tidak dapat mengesahkan kesahihan berita berkenaan namun lebih rela membiarkan agar perkara itu dijawab sendiri oleh pelantun lagu Lenglui itu nanti.

“Saya tidak boleh nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau orang kongsi gambar dia (berkahwin), sarung cincin di jari wanita, maksudnya, memang betullah dia dah kahwin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Ujar Aiman, Caprice sudah berkenalan dengan wanita berkenaan sejak beberapa tahun lalu dan dia berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

“Apa yang saya tahu Caprice telah berkenalan dengan wanita itu setahun dua lalu. Saya sendiri tak dimaklumkan tentang pernikahannya kerana sekarang saya berada di Langkawi. Saya dapat tahu dia berkahwin pun sekitar pukul 5 petang hari ini.

“Dia (isteri Caprice) baik orangnya dan dia berasal dari Kelantan. Apa-apa maklumat lanjut, akan datang dari bibir Caprice sendiri nanti,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Hilangkan diri lebih daripada 40 hari, Caprice kongsi sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*