Siti Nurhaliza Jawab berkenaan Jam RM1.1Juta, Nafl Tahu Harga Sebenar Rupanya Hadiah dari seseorang istimewa

Penampilan penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) minggu lalu, mencri perhatian ramai apabila beliau menggayakan aksesori mewah jenama antarabangsa. Hasil carian netizen, jam mewah bertali merah dan bertatahkan belian dipakai oleh TokTi dikatakan bernilai RM1.1 juta. Wow!

Hadiah pemberian suami

Menerusi temu bual bersama Melodi, pemilik nama Nurhaliza Binti Tarudin tampil memberikan respon mengenai jam mewah yang digayakan olehnya. Ujar TokTi, jam itu merupakan hadiah daripada suami tersayang dan dia sama sekali tidak mengetahui harga sebenar jam berkenaan.

Mengulas lebih lanjut, TokTi turut menceritakan Datuk K suka melihat dirinya tampil bergaya dan gemar membeli koleksi-koleksi jam.

Jam itu adalah hadiah daripada suami saya dan saya tak pernah tanya pun. Bie (Datuk K) berapa harga ni dan sebagainya. Apa yang suami hadiah alhamdulillah saya terima dan suami memang suka saya bergaya dan membeli koleksi-koleksi jam.

So bagi saya tiada apa sangat, sebagai seorang isteri saya hargai dan pakai tak adalah nak ambil tahu berapa banyak berapa harga dan sebagainya.

Respon beg tangan mahal

Ujar pelantun lagu Cindai lagi, beg tangan mewah yang dibelinya merupakan cadangan daripada pereka fesyen terkenal, iaitu Rizman dan boleh dipadankan dengan baju yang dipakai olehnya. TokTi pada masa yang sama, turut akui dirinya bukan kaki shopping seperti wanita-wanita lain.

Saya tak pandai matching-matching ni, so Rizman lah tolong. Dia cakap kak Siti beg ni tak sesuai apa semua. So dia kata ada satu beg yang cantik dan boleh matching sangat dengan baju kak Siti dan saya fikir dah lama tak berbelanja untuk diri saya.

Sebagai menghargai diri saya, penat bekerja dan sebagainya saya rasa oklah takpelah dah lama tak bagi hadiah.

Kalau tanya suami saya pun, suami saya setuju saya bukan kaki shopping dan saya rasa dia beruntung dapat isteri seperti saya. Saya tak pandai shopping tapi saya hargailah suami memang suka melihat isteri dia tampil cantik dan bergaya.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://transformasi.pw/

 

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza Jawab berkenaan Jam RM1.1Juta, Nafl Tahu Harga Sebenar Rupanya Hadiah dari seseorang istimewa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*