Jadi Tumpuan Ramai Shingga R0sak Tervk, Kubvr Vanessa Angel Terpaksa Dikunci. Ibu Bapa Terpaksa Tengok Dari Luar

 

KUBvR Allahyarham Vanessa Angel dan Bibi Ardiansyah yang terletak di Tanah Perkubran Umum Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta terpaksa dikunci.

Perkara ini berikutan kbur pasangan suami isteri itu yang menjadi viral mengalami ker0sakan tervk akibat tindakan orang ramai yang tidak bertanggungjawab.

Keadaan kbur mengalami kerosakan disebabkan orang ramai dan YouTuber yang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar, selfie dan membuat ‘content’ untuk media sosial mereka.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh fransfaisal (@fransfaisal_)

Adik ipar Vanessa Angel, Frans Faisal, menerusi video memperlihatkan orang tuanya yang duduk di luar pagar sambil berdoa dan melihat dari jauh.

“Tak pernah terfikir dalam perjalanan hidupku, melihat orang tuaku duduk dengan tatapan kosong seperti begini,” tulisnya.

Dalam posting itu, Frans mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang menziarahi pusara kakaknya, namun meminta orang ramai untuk menghargai dan tidak merosakkan pusara itu.

Vanessa dan Febri atau Bibi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.

Jenzah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan. – KAPANLAGI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Jadi Tumpuan Ramai Shingga R0sak Tervk, Kubvr Vanessa Angel Terpaksa Dikunci. Ibu Bapa Terpaksa Tengok Dari Luar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*