Berniqab, Linda Rafar diserang ustaz, ustazah ‘jadian’

 

PETALING JAYA – Tidak semua orang selesa dengan perubahan imej individu lain terutama melibatkan golongan artis. Situasi sama dilalui pelakon Linda Rafar yang menerima banyak serangan peribadi daripada golongan  ustaz dan ustazah ‘jadian’ susulan mengambil keputusan untuk berniqab.

Linda atau nama lengkapnya, Azlinda Rafar, dia mohon diberikan ruang dan pengertian berkenaan perubahan imejnya itu dan tidak mahu terlalu menggembar-gemburkan tentang perihal tersebut.

“Allahuakbar! Ramai sungguh ustazah, ustaz jadian yang datang serang dan hantar direct messege (DM) Instagram saya.

“Dengar sini, saya belum umumkan apa-apa lagi. Mohon jasa baik jaga hati dan perasaan saya. Untuk berubah, biar daripada hati.

“Bersihkan hati dulu serta cukupkan ilmu untuk mengajar. Jangan hukum seseorang yang ingin berubah untuk menjadi lebih baik dan cari kesalahan sahaja,” katanya menerusi Instastory.

Akui bekas anggota kumpulan Elite itu, tiada manusia dalam dunia ini yang sempurna termasuk dirinya.

“Tiada siapa yang sempurna tetapi saya sedang mencuba untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah SWT,” ujarnya.

Sejak kebelakangan ini, Linda dilihat sering menggayakan imej berniqab dalam hantaran Instagramnya.

Tidak mahu terlalu memperincikan secara mendalam tentang perubahan imejnya, ibu kepada lima cahaya mata itu cuma mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.

“Sekarang ini, saya tak bersedia untuk menjawab (tentang niqab). Tapi, tolong doakan yang baik-baik buat saya,” katanya. – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.kosmo.com.my/

 

Be the first to comment on "Berniqab, Linda Rafar diserang ustaz, ustazah ‘jadian’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*