“Adoii bang. Dlm tv ko pun susah nk senyum” Azmin Naim pertama kali buat persembahan live di ABPBH tarik perhatian ramai

 

“Pertama kali jumpa dia depan mata, yang buat saya betul-betul terpikat adalah adab yang ditunjukkan. Azman sangat-sangat beradab, ‘coo’ dan merendah diri walaupun muka dia ‘pecah rumah’. Dia sangat istimewa dan tak sabar untuk tonjolkan keistimewaanyang ada pada dirinya dalam karya-karya saya berikutnya” itu antara kata arwah Mamat Khalid ketika pertama kali berjumpa dengan Azman Naim

Terdahulu, nama Azman menjadi sebutan netizen apabila nyanyian parodinya di Instagram berkenaan PKP menjadi tular di media sosial.

Ia kemudian mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang turut memuji dan mengulang siar video nyanyi Azman iaitu lagu My Way nyanyian Frank Sinatra dalam Instagram milik Tunku.

Azmin Naim Muncul Buat Persembahan di ABPBH 34

Sekali lagi menerapkan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ketat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali untuk edisi ke-34 dengan mengangkat tema #KITABERSAMA.

Kesinambungan tema ABPBH 33 iaitu #ABPBHKITA2020, acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini mengajak rakyat menyemarak semangat muhibah, perpaduan dan kekitaan dalam memerangi penularan COVID-19 serta membantu kerajaan mewujudkan imuniti berkelompok

Azman Naim antara mereka yang di beri penghormatan oleh APBH untuk membuat persembahan

Rata-rata netizan sangat terhibur dengan persembahan bersahaja Azman Naim dia pentas ABPH pada malam ini

Berikut antra  reaksi penonton ketika menyaksikan persembahan Azman secara langsung

“Adoii bang. Dlm tv ko pun susah nk senyum”

‘Saya bukan anti kerajaan’

Tular apabila dendangan lagu saduran, My Way nyanyian asal mendiang Frank Sinatra yang dikongsi di Instagram (IG) menarik perhatian rakyat Malaysia, Mohd Nur Azman Naim, 36, enggan peduli kecaman yang dilemparkan segelintir pihak.

Mohd Nur Azman berkata, sebelum perkongsian dibuat, dia membuat kajian dan melihat bagaimana sesuatu isu yang mahu diketengahkan, memberi impak kepada netizen.

“Kita memang tidak boleh memuaskan hati orang. Kalau saya berkompromi dengan perkara begitu, mesej yang hendak disalurkan kepada kumpulan sasaran yang lebih meluas, gagal.

“Justeru, sebelum merakam video dan berkongsi dalam media sosial, saya kaji terlebih dahulu apakah isu diketengahkan sama dengan pendapat ramai.

“Jika tidak sama, saya tidak akan buat,” katanya kepada BH Online.

Mohd Nur Azman yang juga ahli perniagaan menjelaskan dirinya bukanlah anti kerajaan seperti disangka.

“Seperkara yang harus saya tekankan adalah saya bukan anti kerajaan. Saya hanya mengkritik sistem politik.

“Masyarakat kena pandai membezakan antara anti kerajaan dan anti sistem politik,” kata usahawan yang menawarkan khidmat perundingan dan produk kosmetik ini.

Mohd Nur Azman mahu terus menyanyikan lagu parodi dan berbentuk satira kerana jiwanya lebih ke arah itu, biarpun ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Tambah bapa kepada dua anak ini, masyarakat hari ini sudah matang dalam menilai sesuatu walaupun isu yang diketengahkan dalam video parodinya mengkritik mereka.

“Kalau dengar betul-betul, lagu My Sejahtera Way memihak kepada seruan kerajaan supaya lebih ramai mendaftarkan diri untuk mengambil vaksin COVID-19.

“Apa yang mengejutkan, lagu itu sebenarnya membidas orang ramai yang tidak mendaftar untuk mengambil suntikan vaksin. Tak sangka mereka suka lagu itu… Ini bermakna mereka sudah matang,” katanya.

Mohd Nur Azman mahu terus menyanyikan lagu parodi dan berbentuk satira kerana jiwanya lebih ke arah itu, biarpun ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakannya. – Foto Facebook Mohd Nur Azman

Mengulas maklum balas positif yang diberi netizen terhadap video parodinya itu, Mohd Nur Azman mengaku terkejut lebih-lebih lagi dendangannya itu menarik perhatian Istana Johor.

“Ini bukanlah kali pertama video saya tular. Namun, penangan kali ini sangat luar biasa sehingga mendapat perhatian Istana Johor.

“Saya dihubungi seseorang yang memaklumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim sedang mencari saya.

“Mula-mula dapat berita itu, saya terkejut. Tetapi rupa-rupanya pencarian dibuat bagi menyempurnakan permintaan ayahanda baginda, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selepas tertarik dengan video saya itu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Nur Azman berkata, aksi parodi yang tular itu mendatangkan rezeki apabila dia menerima banyak tawaran berlakon dan lamaran menjadi penyanyi rakaman.

“Alhamdulillah, selepas tular, saya terima banyak tawaran berlakon dan dilamar syarikat rakaman yang mahu saya menjadi artis mereka.

“Saya sebenarnya sudah berlakon di bawah arahan Mamat Khalid. Cuma saya tidak boleh dedahkan secara terperinci mengenai filem berkenaan.

“Mengenai lamaran syarikat rakaman, saya tak fikir lagi. Saya memang minat menyanyi. Buat masa ini, saya lebih suka menyanyi dalam media sosial.

“Lagipun, saya menyanyi bukanlah kerana tujuan komersial. Saya mahu sampaikan mesej kepada masyarakat,” katanya.

Mohd Nur Azman sebelum ini aktif mendendangkan lagu popular yang ditukar ke lirik bahasa Melayu menyentuh isu semasa sebagai tema persembahan, sejak pertengahan tahun lalu.

Bukan sekadar memiliki vokal hebat, lirik yang didendangkan cukup dekat dengan situasi dilalui masyarakat yang berperang dengan pandemik COVID-19.

Membuka akaun @azmannaim44mantra di Instagram (IG). Pengikut IG bertambah sehingga hampir 80,000 sejak video lagu saduran, My Sejahtera Way tular.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "“Adoii bang. Dlm tv ko pun susah nk senyum” Azmin Naim pertama kali buat persembahan live di ABPBH tarik perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*