Vida Tayang Duit Bayar IkanSiakap RM918. Sekali Penyanyi Nora Tegur

 

” Saya makan 900 dengan pelbagai lauk itu sangat worth dengan rasa sedap dan keadaan yang cantik..”

Itu kata-kata usahawan ksmetik, Datuk Seri Vida yang berpuas hati selepas menjamu selera di restoran viral ikan siakap kayangan ketika bercuti di Langkawi pada Rabu.

Pemilik nama sebenar Datuk Seri Hasmiza Othman itu turut membayar RM918 untuk beberapa hidangan termasuk ikan siakap menganggap jumlah yang dikenakan itu berpatutan bagi hidangan untuk dua orang.

” Jangan malu tanya harga berapa, takut over bajet. Marilah ke Langkawi yang dah lama tak dikunjungi. InsyaAllah 2022 semua bisnes meroket

” Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohm4han, andaian atau tudvhan mengatakan tuan kedai cek1k d4rah,” ujarnya.

Menerusi video berkenaan, Vida menunjukkan menu yang ditempah untuk makan tengah hari bersama anak lelakinya Kacak ialah seekor ikan siakap seberat 1.5 kilogram, ikan kerapu harimau, lobster dan beberapa menu hidangan lain.

Dia yang berpeluang bertemu pemilik restoran itu iaitu Norasyikin Musa turut dibawa meninjau keadaan sekitar restoran dan kolam sebelum menangkap ikan pilihannya.

Turut kelihatan mesin penimbang yang disediakan bersebelahan kolam bagi memastikan berat ikan yang dipilih.

Video dibawah:

Selain itu, Vida turut bertanya kepada Norasyikin sama ada perniagaannya terjejas selepas isu berkenaan.

Dia juga memberi peluang peniaga itu menjelaskan berkenaan isu viral itu.

” Selepas itu itu tidak macam biasa (pelanggan), perasaan maIu adalah sebab kena c4ci, kena m4ki. Rasa macam tak sedap.

” Dia orang tak faham, ikan itu kita pelihara umur 11 tahun, untuk jangka masa itu purata makanannya bernilai RM6,000 bagi orang berduit mungkin sikit tapi saya peniaga kecil nilai itu terlalu besar.

” Pesanan saya pastikan anda tengok menu, tengok ikan dulu sebelum order,” ujarnya.

Dalam pada itu, ahli perniagaan sensasi itu turut mencadangkan nama restoran itu ditukar kepada Sas Rimba Siakap Seribu untuk tujuan marketing.

Sebelum ini, Vida pernah menyatakan hasrat membayar semula harga hidangan ikan siakap kepada mngsa, namun ditolak inidvidu berkenaan.

Respon penyanyi Nora Ariffin

Sementara itu, DS Vida turut berkongsi vdeo kedatangan beliau ke restoran terbabit bagi mencuba sendiri selepas ia tular di media sosial dan menjadi perdebatan ramai.

Dalam vdeo tersebut Vida kelihatan meminta bil dan pekerja restoran menunjukkan bil berjumlah RM918.50.

Vida lantas mengeluarkan duit ‘cash’ dari beg tangan beliau dan mengira duit yang berkepuk-kepuk di tangan beliau.

Perkongsian vdeo Vida itu telah mendapat lebih 200 ribu tontonan di Instagram beliau, pelbagai reaksi diberikan oleh warganet termasuk ada yang menulis komen Vida sngaja mencari pubIisiti mvrahan.

Apa yang mencuri tumpuan, penyanyi terkenal, Nora Ariffin turut memberikan reaksi beliau.

” Terbaik Dato Seri Vida.. Terima kasih beri pencerahan pada kita semua. Kalau tidak kita pun tak tahu dan asyik mengata…. Saya pun baru faham kenapa harga siakap ni agak mahal.

” Saya tak pandai sangat pasal ikan, tapi rasanya kalau yang dibela mcm tu, memang mahal. Harga tourist plak tu.

” Apapun…… bila tengok DSV makan terus rasa laparrr.. Terbaik Dato, thanks for your effort..” tulis Nora.

Komen Nora itu turut mendapat respon balas dari Vida,

” Sedap, saya nak pergi makan lagi… ikan kerapu yang segar, rasa dia lain.. segar dan lazat dia lain macam..” balas Vida.

Pada 4 November lalu, media melaporkan keluahan seorang pengguna Facebook dikenali Muhammad Faris Zulkarnain yang terkejut apabila dicaj sehingga RM1196.8O untuk sajian seekor ikan siakap.

Isu ini menjadi lebih hangat apabila Niena pula tampil mengakui menjadi mangsa penganiayaan yang sama apabila bil hidangan di sebuah kedai lain di pulau itu turut mencecah RM 1738.7O.

Sumber:mstar dan IG Vida via Muzik Jlanan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://www.dailyupdat20.com/

 

Be the first to comment on "Vida Tayang Duit Bayar IkanSiakap RM918. Sekali Penyanyi Nora Tegur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*