“Arwh Pernah cakap Mahu pergi Jauh ” Keluarga Kanak2 digilis Van Tk sangka Arwh Betul2 pergi selamanya

Pemergian kanak-kanak berusia 7 tahun yang digilis pemandu van sekolah dinaikinya di Taman Dahlia,Bandar Baru Salak Tinggi semalam sememangnya memberi kesan kepada raami orang apabila rakaman CCTV kejadian tersebut tular di media sosial.

Adik Nur Alisha Safiya dimaklumkan menlnggal dunia ketika mendapat rawatan selepas mengalami kecedraanParah di kepala selepas van yang menurunkan para penumpang ke pusat transit bergerak ke hadapan dan melnggarnya.

Kata nak pergi jauh

Menerusi laporan dari Berita Harian, nenek kepada Alisha, Mahani Hamid, 68 ketika ditemui memaklumkan menantunya ada memberitahu yang Alisha pernah berkata mahu pergi jauh dari keluarga ketika kali terakhir mereka bertemu semasa pulang ke kampung di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang pada hujung minggu lalu.

“Menantu beritahu, arwah pernah maklumkan mahu pergi jauh meninggalkan keluarga. Tk sangka ia petanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,”

“Ketika itu, Nur Alisha Safiya cukup ceria, berbeza dengan sebelum ini yang mana dia seorang yang pemalu serta pendiam. Pada malam pertama di kampung, Nur Alisha Safiya tdak tidur hingga pagi dan menghabiskan masa bermain bersama sepupunya.

“Ketika mahu pulang, Nur Alisha Safiya bersalaman dan memeluk saya dengan lama, berbeza sebelum ini,” katanya ditemui di kediaman keluarga arwh.

Keluarga reda dengan ketentuan

Selain itu, abang sulung kepada allahyarham, Muhammad Aiman Firdaus, 16 memaklumkan ketika kejadian dia berada di rumah selepas selesai sesi persekolahan.

Bapa saudaranya telah datang ke rumah dan memaklumkan kejadian berkenaan. Dia yang rapat dengan adik bongsunya mengakui begitu terkejut dengan apa yang berlaku kira-kira jam 12.10 tengahari itu.

“Nur Alisha Safiya sangat rapat dan manja dengan saya kerana saya sering membantunya menyiapkan kerja sekolah selain dijadikan rujukan jika dia berdepan masalah pembelajaran.

“Pemergian Nur Alisha Safiya cukup mengejutkan, rumah pasti sunyi selepas ini. Bagaimanapun, kami reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.

Rakaman CCTV kejadian yang meragutnyawa adik Alisha ini tular di media sosial dan mendapat pelbagai maklum balas dari warganet.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://transformasi.pw/

 

Be the first to comment on "“Arwh Pernah cakap Mahu pergi Jauh ” Keluarga Kanak2 digilis Van Tk sangka Arwh Betul2 pergi selamanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*