“Saya Masih Muda, Ada N4fsu,”- Shuib Nak W4nita Y4ng Boleh Terima Anak-Anaknya

 

Dua bulan berlalu sejak Siti Sarah meninggal dunia.

Ditanya tentang jodoh Shuib jawab,”Saya tak kisah menjadi ibu dan ayah buat mereka setelah arwah Sarah pergi, jadi sebab itulah saya tak terfikir fasal kahwin lagi. Kadang-kadang saya fikir, bagaimana pula perasaan arwah di sana. Jadi bab jodoh ini saya tak berani nak cakap panjang kerana ia adalah percaturan Allah SWT dan saya percaya pada ketentuannya. Saya tidak menolak jodoh, sebab apa yang diberikan Allah adalah yang terbaik buat saya.

“Tapi tak boleh juga cakap yang saya tidak akan berkahwin lagi sebab mungkin saya muda lagi, 37 tahun dan saya ada anak empat orang, sudah tentu mereka memerlukan kasih seorang wanita.

“Mak saya pun kata saya masih muda. Sebagai lelaki sudah tentu saya nak ada rasa berkasih sayang, ada nafsu, apalagi dengan ada anak-anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang wanita, ibu tapi semua itu saya serah kepada Allah mengenai soal jodoh saya pada masa hadapan,” katanya kepada mStar.

Kalau nak kahwin lagi, Shuib nak seorang wanita yang boleh menerima anak-anaknya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Saya tak mahu wanita yang ada persamaan dengan Sarah sebab arwah dah berada di dalam kelasnya yang tersendiri, cuma ada kriteria yang saya akan tetapkan. Hal kahwin ini bukan untuk kepentingan peribadi saja tapi untuk kepentingan anak-anak dan keluarga.

“Kalau dia berjaya mencuri hati anak-anak saya, mungkin dialah orangnya. Sebab yang lebih penting adalah mereka. Mereka pun pernah ada ibu, pastinya mereka mahu membesar dengan sentuhan seorang ibu dan tanggungjawab sayalah untuk memilih orang yang tepat.

“Sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya… cuma buat masa sekarang, belum ada.”

Semoga Shuib bertemu jodoh lagi. Sama-sama kita doakan.

Sumber:Cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.dnq.pw/

 

Be the first to comment on "“Saya Masih Muda, Ada N4fsu,”- Shuib Nak W4nita Y4ng Boleh Terima Anak-Anaknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*