Teka Teki Terjawab, Akhirnya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Tampil Beri Penjelasan

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau telah bernikah dengan selebriti terkenal, Erra Fazira seperti yang did4kwa.

Ahmad Faizal turut menegaskan bahawa, seumur hidupnya beliau hanya pernah bernikah sekali dan amat bahagia bersama isteri serta anak-anaknya.

“51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itu pun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya” katanya.

Perkara itu dimaklumkan semasa beliau menjawab soalan oleh Senator Datuk Razali Idris yang mahu mendapat kepastian susulan tular d4kwaan kononnya Ahmad Faizal bernikah dengan Erra Fazira.

Meskipun pada mulanya, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim tidak membenarkan Ahmad Faizal menjawab soalan itu kerana di luar skop tumpuan, Ahli Parlimen Tambun itu tetap menjawab soalan tersebut.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, tular di media sosial kononnya Erra Fazira sudah berkahwin dengan Ahmad Faizal sekaligus menjadi isteri kedua bekas Menteri Besar Perak itu. – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.kosmo.com.my/

 

Be the first to comment on "Teka Teki Terjawab, Akhirnya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Tampil Beri Penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*