Melompat Kegembiraan! Aishah Ceria Keluar H0spital Selepas Hidap CVD-19, Sempat Payung Lagu Bahtera Merdeka

 

Penyanyi terkenal Aishah berkongsi berita gembira apabila telah keluar dari wad Hospital Ampang selepas positif CVD-19 dan menghidap jangkitan kuman.

Perkara itu dimaklumkan menerusi beberapa entri di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, tak tahu nak cakap macam mana betapa bersyukurnya, hari yang dinanti-nantikan.

“Dapat balik rumah, syukurnya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Sekarang, doakan juga untuk proses kesembuhan saya okay,” katanya menerusi sebuah video.’

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Sementara dalam entri berlainan, penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu mendedikasikan ucapan terima kasih kepada barisan petugas hadapan yang terlibat menjaganya di hospital.

“Terima kasih kepada frontliners yang menjaga saya selama 12 hari di hospital,” tulisnya.

Sebelum meninggalkan hospital berkenaan, Aishah sempat merakam video dan beberapa foto bersama petugas kesihatan yang terlibat.

Selain itu, kegembiraan juga jelas terpancar apabila Aishah kelihatan seperti melompat kegembiraan. Ada juga video dia menyanyikan lagu Bahtera Merdeka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Ruangan komen di Instagramnya dipenuhi ucapan warganet yang bersyukur dan tumpang gembira ekoran kesembuhannya itu.

 

Sumber: Gempak

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  motifviral

 

Be the first to comment on "Melompat Kegembiraan! Aishah Ceria Keluar H0spital Selepas Hidap CVD-19, Sempat Payung Lagu Bahtera Merdeka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*