[VIDEO] “Dia Punya Layan Tu, Syahdu Betul..” -Oyen Menguap Sampai Hilang Dari Pandangan

Biasanya kucing berwarna oren yang dipanggil oyen ini terkenal dengan kenakalan mereka yang banyak dikongsikan di media sosial. Sehinggakan ramai yang menggelarkan oyen sebagai raja segala kucing gara-gara keberanian mereka melakukan perkara di luar jangkaan.

Baru-baru ini pula, gelagat seekor kucing yang menguap sehingga terjatuh dari tembok mencuit hati netizen yang menonton. Malah video dikongsikan tersebut juga tular apabila ianya meraih hampir dua juta tontonan setakat ini.

Video :

Di dalam video yang dikongsikan ini, kucing berwarna oren itu dilihat seperti baru sahaja bangun daripada tidur. Reaksi kucing itu juga kelihatan seperti masih lagi mamai dan mengantuk semasa dirakamkan oleh pemiliknya itu.

Si oyen yang baru sahaja bangun dari tidur di atas tembok itu kemudian mula menguap dan meregangkan badannya. Namun malangnya, dia terjatuh dari tembok itu semasa menguap sekaligus membuatkan pemiliknya berdekah melihatnya.

kucing

Malah kucing itu kemudian turut kelihatan terpinga-pinga selepas jatuh daripada tembok tersebut. Melihatkan gelagatnya ini, ramai yang berseloroh pastinya kucing itu berasa malu apabila dirinya dijadikan bahan ketawa oleh pemiliknya itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat situasi memalukan yang dilalui oyen ini. Ada juga yang meminta pemiliknya untuk tidak mentertawakannya atau mungkin kucing itu akan membalas dendam pula selepas ini.

“Aib saya tu bang jangan la.”

oyen menguap

“Beraninya kalian mentertawakan Lord Oyen kami.”

oyen

“Aku tak tahan owner punya gelak.”

komen

“Habis la nanti mesti oyen tu berak depan rumah kau.”

tik tok

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : HCL

 

Be the first to comment on "[VIDEO] “Dia Punya Layan Tu, Syahdu Betul..” -Oyen Menguap Sampai Hilang Dari Pandangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*