‘Rasa macam nak meningg4l’ – Ali XPDC

Kuala Lumpur : Penyanyi , Ali XPDC yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, mengalami serangan jantung.

Ali, 53, atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail berkata, dadanya tiba-tiba terasa sesak dan sukar bernafas seperti dicekik membuatkan dia segera meminta bantuan.

“Semalam kena attack (serangan) tiba-tiba. Rasa macam nak gone (meninggal dunia). Alhamdulillah syukur saya kat sini (di hospital). Kalau kat rumah panik juga,” katanya.

Ali berkata, dia terus memicit butang kecemasan di katil sebelum segera diberi bantuan oleh jururawat yang bertugas.

“Sekarang saya masih dalam perhatian dan rawatan oleh doktor. Doakan saya sembuh. Saya kena ambil ubat betul, selain kurangkan pergerakan dan dapat rehat yang cukup,” katanya kepada Harian Metro.

Ali mula mengalami semput sejak empat hari lalu. Dia kemudian membuat pemeriksaan di PPUM sebelum ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

Ali berharap dia segera sembuh dan dapat pulang ke rumah serta berehat.

Awal tahun ini, Ali pernah dikejarkan ke Hospital Shah Alam selepas mengalami kesukaran bernafas dan masalah jantung.

Pada 26 Mac tahun lalu, dia pernah melecur 30 peratus di tangan dan muka selepas disambar api ketika membakar sampah di rumahnya.

Penderitaannya mendapat perhatian ramai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang hadir menyerahkan bantuan bagi meringankan bebannya.

Sementara itu, Ali bersyukur apabila ramai pihak menghulurkan sumbangan untuk membantunya.

“Alhamdulillah, selepas saya hantar video serta keterangan ayat barulah orang faham. Kalau hantar video saja, orang tak faham. Kena ada ayat yang seterusnya untuk bagi mereka faham,” katanya.

 

sumber : hmetro

Be the first to comment on "‘Rasa macam nak meningg4l’ – Ali XPDC"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*