Wajah Anak Teruna Zamarul Hisham Raih Perhatian Ramai

 

AMBOI bukan main segak lagi anak teruna pelakon tampan Zamarul Hisham. Betul kata pepatah Melayu, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Baru-baru ini, pelakon yang pernah bergelar hero filem Blok 404 itu ada berkongsi gambar anak bujangnya bernama Izzat Haiqal bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya.

Sudah besar panjang rupa-rupanya anak sulung Zamarul hasil daripada perkahwinan pertamanya dahulu. Selain tinggi lampai, Izzat juga mewarisi wajah kacak seperti bapanya.

Kulitnya putih, hidung pula mancung. Persis model sangat. Melihat perkongsian Zamarul dalam Instagram, punyalah ramai pengikutnya berebut-rebut meninggalkan komen nakal buat Izzat.

Ketika usia sudahpun mencecah 50 tahun, Zamarul juga berharap anak-anaknya membesar dengan sihat dan menjadi insan yang soleh. Apa-apa pun, Diva nak ucapkan selamat hari lahir juga untuk Izzat!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zamarulhisham Mohamed (@zamarulhisham93)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : kosmo

 

Be the first to comment on "Wajah Anak Teruna Zamarul Hisham Raih Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*