Netizen Komen ‘Nak Panggil Ahli Syurga Ka’? Sekali Syafie Naswip Balas Satu Karangan Keluar!

Pelakon Syafie Naswip menerima komen negatif daripada segelintir masyarakat yang tidak berpuas hati apabila dia menegur mengenai penggunaan perkataan ‘retis’ ketika berkomunikasi.

Menerusi tangkapan skrin yang dimuat naik di Instagram (IG), Syafie, 29, mendedahkan ada netizen yang melenting mempersoalkan panggilan apa yang perlu digunakan.

Sindir pengguna yang menggunakan nama Maslida Zakaria, adakah harus dipanggil ahli syurga ataupun ahli ibadah?

“Lepastu apa perlu dipanggil tuan.. Ahli syurga ka? Hahaha. Saya ahli neraka kot. Hang ahli apa? Ahli ibadah? Orang panggil retis pun bising. Bersyukur la atau bagaimana mahu kami panggil golongan anda? Bingung fikir. Maaf la ya geram saya.. nak juga komen.”

Enggan mengeruhkan keadaan, pemilik nama Mohd Shafie Naswip menegaskan panggilan yang perlu digunakan hanya nama sebenarnya bukan seperti yang telah disalah anggap.

Katanya, apa yang cuba disampaikan adalah pupuk rasa hormat serta beradab dengan individu yang baru kali pertama bertemu.

“Maksud saya panggil saya nama sahaja. Sebab nama saya Syafie. Tak perlu panggil hoi retis misalnya. Itu yang cuba disampaikan tetapi disalah ertikan.

Harap jelas ya penjelasan saya. Its okay mana yang caci tak tahu cerita atau hanya baca headline. No worries. Saya maafkan semua. Niat saya cuma nak bagitahu. Jangan kita bersikap kurang adab dengan mereka yang pertama kali kita jumpa. End up dalam kubur mati kelak, bukan nama retis ditanya tetapi nama sendiri.”

Sumber: Instagram @syafienaswip

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : obulan

 

Be the first to comment on "Netizen Komen ‘Nak Panggil Ahli Syurga Ka’? Sekali Syafie Naswip Balas Satu Karangan Keluar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*