Suhaimi Saad Bldas Ridhuan Tee, Back Up Siti Nurhaliza – “Nak Tibai Siti, Pastu Nak Bela Netizen L@ngau Ker Apa?”

Bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad tampil membldas kenyataan pend4kwah bebas, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah yang menasihati golongan selebriti untuk tidak memanlpulasikan agama apabila berdepan sesuatu isu.

Tegas Suhaimi, Ridhuan tidak sepatutnya masuk campur mengulas mengenai kenyataan yang pernah ditulis artis terbabit sebaliknya memfokuskan kepada amalan lain yang lebih utama.

“Alaaaaahhh! Ustaz pun nak tumpang jugaaak. Tak payahlah nak campur, nak tambah perisa ustaz, patut ustaz fokus je pada amalan dan job yang lebih baik dan penting.

“Bukan cari pasal dengan isu yang tak ada kaitan dengan ustaz, buruk nampak perangai orang agama buat gitu,” tulisnya di Instagram berserta tangkap layar judul artikel yang disiarkan berdasarkan kenyataan Ridhuan semalam.

Suhaimi berpendirian, kenyataan yang ditulis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini betul.

“Betullah apa yang Siti (Nurhaliza) tulis tu. Aku sokong Siti.

“Bukan ustaz mana cakap. Nabi yang cakap, memang pahala ibadah kita dalam bulan Ramadan ni Allah ganda gandakan.

“Bila orang kata, umpat, aibkan dan fitn4h kita, kalau kita sabar, memang Allah akan bagi pahala yang besar.

“Takkan benda basic macam tu pun tak tau… kata ustaz,” tambahnya.

Justeru, Suhaimi menasihati Ridhuan agar tidak lagi mempolitikkan isu semasa berkaitan golongan artis untuk kepentingan sendiri.

“Tak payah nak burvkkan keadaanlah ustaz. Makin lama makin bvruk dan hilang hormat orang pada ustaz.

“Nak tibai Siti, pastu nak bela netizen-netizen langau ni ke apa?

“Patut ustaz tolong tenangkan dan nasihat masyarakat supaya jaga lidah dan jari dalam bulan mulia ni.

“Ini dah macam nak menangguk di air keruh plak. Tak elok ustaz. Stoplah politikkan semua benda, malu dekat Allah,” ujarnya.

Terdahulu tular kenyataan Siti yang ditulis di Instagram Stories beliau menyatakan sedang mengumpul pahala percuma berganda-ganda ketika berhadapan dugaan pada bulan Ramadan.

Status itu mendapat perhatian ramai termasuk Ridhuan yang difahamkan mengulas mengenai kenyataan itu baru-baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

sumber: https://gempak.com/

Be the first to comment on "Suhaimi Saad Bldas Ridhuan Tee, Back Up Siti Nurhaliza – “Nak Tibai Siti, Pastu Nak Bela Netizen L@ngau Ker Apa?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*