Mungkin ramai sudah mengenali, Coach Yin atau nama sebenarnya Mohd Tishrin b Mohd Adanan. Sebelum ini lelaki berbadan sasa ini pernah dikaitkan dengan Nur Sajat sebagai kekasihnya. Namun kini Coach Yin telah pun mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya dikenali, Yeen Azmin.
Selain menjadi jurulatih kecergasan, rupanya Coach Yin memiliki bakat luar biasa yang ramai tak tahu. Baru-baru ini di laman instagram miliknya, Coach Yin berjaya membuat transformasi kepada kabinet almari lama di rumahnya.
IKLAN
Pada asalnya, kabinet almari tersebut kelihatan sedikit usang dan hampir rosak. Hasil sentuhan kreativiti Coach Yin, inilah jadinya.
Cantik bukan? Menurut Coach Yin, sepanjang bulan Ramadan dia memilih untuk membuat kerja deko di rumah demi isteri tercinta.
“Aktiviti saya sepanjang bulan ramadhan. Saya ubah dari bersenam kepada main deko-deko.Lemak dapat burn, rumah pun cantik ,sayangnya suami kat isteri..janji isteri sayang..hew2. ..alhamdulilah”- tulisnya di Instagram.
Menarik bukan? Siapa sangka Coach Yin merupakan seorang yang sangat kreatif berjaya mengubah bilik di rumah yang didiaminya tampak kemas dan eksklusif. Boleh cuba ni!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media
Sumber : https://murai.my/https://murai.my/
Be the first to comment on "Tergamam! Lihat Bagaimana Coach Yin Ubah Kabinet Almari Lama Jadi Baru Ala Inggeris"