D4kwaan pelajar matrikulasi dik0mpaun RM1,500 kini sedang dalam sias4tan – Dr Noor Hisham

KEMENTERIAN Kesihatan menjalankan sias4tan terhadap tudvhan yang mend4kwa pegawai Jabatan Kesihatan Perak mengeluarkan k0mpaun RM1,500 kepada pelajar matrikulasi kerana mel4nggar prosedur op3rasi standard (SOP) Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Jabatan Kesihatan Perak sedang meneliti perkara itu.

“Terima kasih atas aduan yang dibuat kepada Kementerian Kesihatan.

“Perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. InsyaAllah,” katanya sebagai membalas ciapan seorang pemilik akaun Twitter @NabilAmirul4, yang berkongsi gambar ketika kejadian yang berlaku pada Isnin.

Menurut pengguna Twitter tersebut, pelajar kolej matrikulasi terbabit dikenakan kompaun RM1,500 oleh pegawai KKM yang datang ke kafe kolej berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku di Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng.

Catatan tersebut telah diulangkicau (retweet) lebih 31,000 kali.

Menurutnya lagi, para pelajar di kolej tersebut juga sememangnya tidak berhubung dengan dunia luar selama satu semester kerana penul4ran C0v1d-19.

Ciapan tersebut turut mengundang perhatian netizen yang menganggap tindakan k0mpaun ke atas pelajar berkenaan sebagai tidak adil.

Terdahulu ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman juga menyuarakan rasa tidak pvas hatinya mengenai perkara berkenaan di Twitter.

“Kalau pelajar, tak perlu buka kertas si4satan. Kompaun terus.

“Dah banyak kali kita tegur perlaksanaan double standard macam ni. Apa salahnya tegur dulu sebelum kompaun? Apa yang susahnya? Please explain this @KKMPutrajaya,” tulisnya. – THE STAR

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : mStar

Be the first to comment on "D4kwaan pelajar matrikulasi dik0mpaun RM1,500 kini sedang dalam sias4tan – Dr Noor Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*