Kerap Jumpa Serbuk Pasir Dlm Bilik, Ezlynn Trdiam Diberitahu Pak4r Prub4tan Islam Apa Benda Tu Sbnarnya

Pnyanyi Ezlynn Ariffin, 40, nekad bertemu dengan pak4r perub4tan Islam bagi mendapatkan jawapan selepas kerap kali terjumpa serbuk berpasir di dalam bilik stor rumahnya.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin berkata, menyatakan serbuk yang dihantar itu adalah peIaIau namun dia tidak mengetahui siapa gerangan yang menghantar.

” Rumah saya besar, duduk pula sorang-sorang. Benda (peIaIau) itu diletakkan di tempat kasut dekat bilik stor.

” Masa pertama kali jumpa saya tak kisah. Saya ingatkan pasir sebab banyak kali juga saya masuk hutan dan juga kayuh basikal.

” Selepas kali kedua saya jumpa terus hati berdetak. Saya bawa dan tunjuk dekat pakar. Ia bukan s4ntau tapi peIaIau.

” Kebanyakan pak4r yang saya jumpa memang mengatakan benda itu memang ada orang yang nak sampaikan sesuatu. Nak bagi saya nampak bvruk, bagi orang lain tak nampak saya,” katanya kepada Gempak.

Ezlynn ditemui ketika majlis pelancaran sabun Toyyib yang diadakan di Bandar Bukit Raja, Selangor, pagi tadi.

Dalam pada itu, pelantun lagu Hi Hi Bye Bye memilih untuk tidak membuang masa dengan berulang alik berjumpa dengan pakar perubatan.

Kata pelakon filem Zombi Kampung Pisang, dia telah dinasihati untuk melindungi diri dengan cara menyempurnakan ibadat seperti menjaga solat dan membaca al-Quran.

” Orang yang buat saya ini dia akan buat sampai bila-bila. Dia tak akan berhenti sebab tak puas hati.

” Individu yang saya jumpa itu minta saya ubah cara hidup, jaga solat, baca al-Quran walau satu ayat supaya sentiasa dekatkan diri dengan Allah.

” Al-Quran itu bukan sekadar baca, dalam tu ada doa-doa untuk sembuhkan peny4kit. Jadi saya amalkan untuk menjadi pendinding diri sendiri, dah tak ada rasa takut dalam diri.

” Saya letakkan segalanya kepada Allah. Kalau Allah tak izinkan, tak akan berlaku. Alhamdulillah sekarang dah tak ada,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram (IG), Ezlynn ada memuat foto serbuk berpasir dengan mengatakan dia sudah membersihkan berkali-kali namun sentiasa ada.

Ezlynn dilahirkan pada 27 September 1981 di Ulu Kinta, Perak, beliau merupakan artis KRU Production. Album pertamanya berjudul Ehmm….

Sebelum menceburi bidang nyanyian, beliau aktif dalam bidang lakonan dan pergawati. Memiliki syarikat hiburan sendiri, Ezlynn Entertainment.

Beliau telah mengacarakan program realiti Mentor sebanyak dua musim yg disiarkan secara live di TV3.

Ezlynn pernah berlakon dalam filem Zombi Kampung Pisang dan program realiti TV terbaharu terbitan Astro, Fear Factor Selebriti Malaysia. Beliau juga terlibat dengan program Gegar Vaganza musim kedua terbitan Astro Ria & Astro Ria HD.

Dia mendirikan rumah tangga dengan pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin, 36, pada 20 November 2011. Namun mereka sah bercrai pada Oktober 2017.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://thebolalive.com/

Be the first to comment on "Kerap Jumpa Serbuk Pasir Dlm Bilik, Ezlynn Trdiam Diberitahu Pak4r Prub4tan Islam Apa Benda Tu Sbnarnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*