‘But I Think, This Is It’ – Nabila Razali Bakal Berhenti Menyanyi?

Persembahan penyanyi, Nabila Razali yang menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) terus hangat diperkatakan walaupun dia telah membuat permohonan maaf.

Terbaru, netizen mend4kwa Nabila bakal meninggalkan industri nyanyian selepas menerima pelbagai kritikan negatif. Betul ke?

Di Instagram Story, Nabila memberi ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan menunjukkan rasa sayang terhadapnya. Namun begitu, ayat selepas ucapan terima kasih menimbulkan 1001 persoalan buat peminat Nabila.

Terima kasih semua atas keprihatinan dan sokongan. Tapi saya rasa, cukuplah.

Walaupun tidak dijelaskan dengan lebih lanjut mengenai status tersebut, ramai beranggapan pelantun suara ‘Peluang Kedua’ itu bakal meninggalkan industri nyanyian.

Sebelum ini, ramai rakan artis dan kelab peminat Nabila memberikan kata-kata positif buat dirinya. Antaranya Neelofa, Siti Sarah dan Datin Alyah. Menurut mereka, Nabila telah melakukan yang terbaik dan persembahan malam itu merupakan hadiah yang sangat ikhlas daripada Nabila buat semua yang menonton acara berprestij tersebut.

Sumber: Nabila Razali

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment on "‘But I Think, This Is It’ – Nabila Razali Bakal Berhenti Menyanyi?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*