[VIDEO] “Itu Burvk Kau Yang Aku Tak Suka!” – Ooopss…Beraninya Mas Idayu Las3r Azwan Ali!

Ratu dangdut, Mas Idayu secara terbuka menegur sikap burvk pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Menurut Mas Idayu antara sikap yang Diva AA yang tidak disukainya ialah tidak boleh menerima teguran.

“Macam kau, kau tak boleh orang kutvk…Itu burvk kau yang aku tak suka…Kau kena terima apa orang cakap Wan,” jawab Mas Idayu selepas Diva AA mengajukan soalan mengenai reaksi setiap kali dikvtuk netizen.

Tambah Mas Idayu, dia tidak kisah dikvtuk dan dikritik netizen kerana daripada situ kelemahan diri dapat diukur.

“Aku suka komen-komen negatif dan positif, aku boleh terima. Kalau tak ada netizen yang komen, yang kutuk-kutuk kita, kita takkan tahu silap kita,” katanya ketika ditemubual Diva AA menerusi program terbaru Astro Ria, ‘Laser Bertemu Las3r’.

Uniknya program bual bicara kendalian Diva AA ini, tetamu jemputan bebas membidas soalan ‘las3r’ daripada pengacara. Menariknya lagi, tetamu jemputan ‘Laser Bertemu Laser’ turut mended4hkan cerita mengenai diri mereka yang tidak pernah dikongsi di mana-mana platform sebelum ini.

Dalam eposid pertama yang bakal bersiaran malam ini, suasana agak tegang apabila Mas Idayu bertindak menampar menampar mulut Azwan Ali! Bagaimanapun hubungan profesional di antara kedua-dua selebriti ini menyelamatkan keadaan, walaupun Diva AA terus menerus menyer4ng Mas Idayu dengan soalan-soalan panas termasuk mengenai bekas suaminya, aktor Aman Graseka.

Adakah Mas Idayu akan menjawab soalan mengenai Aman Graseka? Jangan lupa saksikan ‘Laser Bertemu Las3r’ malam ini di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (124).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Selain Mas Idayu, program lapan episod yang bersiaran setiap Rabu jam 11 malam ini turut mengundang usahawan popular yang pernah berhasrat meny4man Diva AA, Datuk Seri Vida, penerbit dan pengarah bermulut las3r Michael Ang serta maestro muzik disegani, Datuk Ramli MS.

Agak-agaknya siapa lagi las3r…Diva AA atau tetamu-tetamu jemputannya? Jangan lupa tonton dan strim ‘Las3r Bertemu Laser’ menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment on "[VIDEO] “Itu Burvk Kau Yang Aku Tak Suka!” – Ooopss…Beraninya Mas Idayu Las3r Azwan Ali!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*