“Sempena Ulang Tahun ke-19” Ini Ucapan Azhar Sulaiman Buat Anak Kembarnya

Anak kembar pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin meraikan ulang tahun kelahiran ke-19 hari ini.

Menerusi laman Instagram, aktor drama Keluarga Iskandar itu memuat naik sebuah video mengucapkan selamat hari lahir buat kedua-dua anak kesayangannya.

Rakaman video berdurasi 14 saat itu turut memaparkan Azhar sempat mengusik meminta orang ramai ‘memarahi’ pasangan kembar tersebut agar berkelakuan baik dan menjaga tingkah laku.

“Selamat ulang tahun kelahiran ke-19 Rees & Leona. Korang ‘sound’ dia sikit,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua remaja berkenaan hanya mampu tersenyum dan tercengang melihat gelagat si bapa yang disifatkan ‘sporting’ sebelum mengucapkan selamat tinggal bagi mengakhiri video tersebut.

Posting itu dipenuhi komen pengikutnya dimana rata-rata menitipkan doa serta mengucapkan selamat maju jaya untuk beradik kembar tersebut selain menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa.

Terdahulu, Azhar meluahkan rasa bimbang selepas anak gadisnya Leona sering dikecam netizen berkenaan beberapa isu termasuk dikatakan berpakaian mencolok mata.

Sumber: Instagram Azhar Sulaiman @MOTIFVIRAL

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://www.metrodaily.cc/2021/03/14/sempena-ulang/

Be the first to comment on "“Sempena Ulang Tahun ke-19” Ini Ucapan Azhar Sulaiman Buat Anak Kembarnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*