9 Peng3mis Gagal Patuh SOP Berdepan Hvkvman D3nda RM10,000

Baru-baru ini kerajaan baru sahaja menguatkuasakan kadar denda maksimum sebanyak RM10,000 kepada sesiapa yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Agak kecoh di media sosial apabila berita mengenai sembilan wanita Pala’uh berdepan hukuman denda sehingga RM10,000 seorang kerana gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Kesemua wanita itu difahamkan ditahan semasa Op Covid-19 yang dijalankan di daerah Lahad Datu. Mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 41 tahun, dan ditahan ketika melakukan aktiviti mengemis dengan tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal.  Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, dalam operasi pemantauan Op Covid-19 yang dijalankan di dua lokasi pada 12 tengahari itu, 25 kanak-kanak yang merupakan anak kepada sembilan Pala’uh itu turut ditahan.

Operasi yang dijalankan itu difahamkan adalah bagi mengesan individu yang meminta sedekah daripada pengguna jalan raya tanpa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal di kawasan lampu isyarat berdepan sebuah kedai menjual pelbagai barangan rumah di Bandar Lahad Datu dan di lampu isyarat Bandar Sri Perdan, Lahad Datu.

”Kedua-dua kawasan ini menjadi lokasi utama kegiatan mengemis dalam kalangan suku Palauh,” menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu.

Sementara itu, berita tersebut turut menarik perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut terkejut. 

Berita tersebut menimbulkan kemarahan ramai orang berkemungkinan disebabkan menyangka kesemua wanita yang ditahan itu sudah pun dikenakan saman berjumlah RM10,000. Bagaimanapun, menurut Rohan Shah, kesemua mereka masih belum dikenakan denda dan perkara itu masih lagi dalam siasatan. Katanya lagi, denda hanya dikenakan terhadap warganegara Malaysia sahaja dan mereka yang ditahan berstatus stateless

Menurut laporan, kes tersebut berada dalam siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan juga dibawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana menggunakan kanak-kanak untuk mengemis. Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda atau boleh dipenjara selama enam bulan, atau kedua-duanya sekali. Selain itu, kes turut disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan Pemulihan) (No.3) 2021 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dan berkumpul tanpa penjarakan fizikal.

 

Jika didapati bersalah, individu boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara selama enam bulan, atau kedua-duanya sekali. Semoga pihak berkuasa dapat memberikan pertimbangan juga atas status mereka sebagai pengemis, seperti mana keprihatinan yang disuarakan wargamaya. 

Sumber berita: Borneo Today & Vocket

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : KoolFM

Be the first to comment on "9 Peng3mis Gagal Patuh SOP Berdepan Hvkvman D3nda RM10,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*