“Ber4nganlah You Ni… Tak Sama Langsung” – Dikatakan Persis Jue Aziz, Wanita Ini Terima Kec4man Netizen

Seorang wanita menerima kec4man netizen selepas dikatakan mempunyai persamaan dengan pelakon Jue Aziz.

Semalam, tular sebuah sedutan video di laman sosial Twitter yang memaparkan seorang wanita berniqab dan lebih mengejutkan, wanita berkenaan disapa dengan panggilan Jue Aziz.

Dalam video terbabit, wanita berpurdah itu turut mengulas mengenai tawaran berlakon drama dengan imej terbaharunya.

Sekilas pandang, mata wanita berpurdah itu saling tak tumpah dengan Jue dan perkara sama diperakui oleh netizen.

Hasil sias4tan warga Twitter, wanita tersebut Nur Nazirah Aleeya Zakaria, 34, usahawan kosmetik jenama Diamond Gold Beauty.

Wanita itu juga turut menjernihkan kenyataan mengenai video tular di laman sosial terbabit di laman Instagram miliknya.

“Pembantu saya, Sarah maklumkan video gurauan kami viral dan nasihatkan saya jangan tengok komen takut saya tak kuat.

“Senyap-senyap saya si4sat, Masya-Allah, menggigil satu badan dibuatnya, rasa nak pitam! Paling sedih sekali part tak pakai stokin walhal berniqab! Saya pakai stoking, cuma warna skin colour.

“Sebelum saya menjelaskan secara lanjut, nama saya Nur Nazirah Aleeya. Saya bukanlah pelakon Jue Aziz, sebaliknya adalah pengasas Diamond Gold Beauty.

“Untuk pengetahuan ramai, video saya yang tular semalam adalah video gurauan antara saya sebagai majikan dengan staff saya. Jujur cakap, saya tiada pertalian darah langsung dengan Jue Aziz,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aleeya turut mendedahkan dia menerima kec4man netizen selepas video terbabit tular.

“Tak cukup di Twitter, menderu saya dapat banyak mesej yang mengec4m saya. Ada yang cakap saya ni berangan, ada yang suruh saya cermin muka, saya cari publisiti murah, cakap saya ni Jue Aziz versi bengk4k dan banyak lagi.

“Ingin saya tegaskan dan jelaskan sekali lagi, video yang viral hanyalah sekadar gurauan antara staf saya yang sering panggil saya dengan panggilan Jue Aziz.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Founder DG Beauty (@nur_qasehaleeya)

“Saya sendiri tak pernah nak claim wajah saya macam dia. Di sebalik kecaman itu, saya pun ada terima juga kata-kata positive, Alhamdulillah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Founder DG Beauty (@nur_qasehaleeya)

“Saya mahu memandang optimis sahaja perlara sebegini dan nak anggap isu ini sebagai dugaan berniaga. Sekali lagi saya nak mohon maaf kepada Jue Aziz, tak pasal-pasal dia terpalit sama isu ni,” tulisnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://www.xtra.com.my/

 

Be the first to comment on "“Ber4nganlah You Ni… Tak Sama Langsung” – Dikatakan Persis Jue Aziz, Wanita Ini Terima Kec4man Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*