Muat Naik Video Kena Tah4n, Da’i Syed Bagi Hint

Selepas dibebaskan oleh pihak polis pada bulan Disember 2020 yang lalu, pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail kini sudah menjalani kehidupan seperti biasa.

Menerusi posting di laman Instagram, khabarnya kini Da’i Syed seperti memberi bayangan akan mengeluarkan lagu baharu.

Pendakwah berusia 26 tahun itu telah memuat naik satu video pendek menunjukkan keadaannya ketika ditahan oleh pihak polis pada tahun lepas.

Dalam masa yang sama, sebelum ini beliau ada memberitahu bahawa ketika berada di dalam Pusat Tah4nan Rem4n Sementara, Beranang, beliau ada menulis lirik lagu dan berkemungkinan lagu tersebut merupakan lagu yang dimaksudkan di laman Instagram miliknya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

Difahamkan lirik lagu itu menceritakan tentang seseorang yang sedang mencari hakikat kehidupan walaupun hakikatnya dia dicemuh dan jiwanya meronta-ronta.

Rata-rata peminat setianya berasa teruja dan menitipkan kata-kata semangat kepada Da’i Syed supaya beliau terus kuat dan cekal meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ini.

Semoga dengan lagu yang bakal dihasilkannya itu dapat memberi manfaat kepada yang mendengarnya.

Sumber foto dan video: Instagram Da’i Syed

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment on "Muat Naik Video Kena Tah4n, Da’i Syed Bagi Hint"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*