Isu 8 Penduduk Miskin Sabah Dikomp4un, Ini Respon Pesuruhjaya Polis Sabah

Pada 27 Januari 2021, 8 penduduk termasuk warga emas dari beberapa kampung ditahan dan dibawa ke ibu pejabat p0lis daerah (IPD) Tenom untuk dikeluarkan kompaun kerana bas dinaiki mereka melebihi kapasiti 50% penumpang seperti ditetapkan.

Bukan pergi berjalan-jalan tetapi mahu membeli barang keperluan, penduduk yang dikompaun menzahirkan rasa kesed1han kerana kesalahan itu bukan disengajakan.

Salah seorang yang dikompaun 

Menurut lap0ran, jarak kampung mereka agak jauh dari pekan Tenom dan sukar berulang-alik. Pemandu bas, Ruil Taligi berkata dia pada mulanya tidak mahu membenarkan bas berkenaan dinaiki lapan penduduk kampung terbabit kerana sudah melebihi kapasiti asal.

Akan tetapi, disebabkan rasa kasihan dengan penduduk kerana ada dalam kalangan mereka yang benar-benar perlu ke pekan untuk membeli barang keperluan maka Ruil pun membenarkan mereka menaiki bas.

Ketika sekatan jalan raya, Ruil merayu kepada pihak p0lis agar tidak menyaman penumpang dan hanya memberikan amaran atau menyaman dirinya sahaja. Tidak diendahkan, kesemua penumpang turut disaman walaupun mereka merupakan orang susah.

Lantaran berita tersebut, rata-rata warganet menzahirkan rasa sed1h dan bengang kerana pihak berkuasa tidak bertimbang rasa. Almaklumlah, sudahlah mereka orang susah dan dikenakan kompaun, mana mereka mahu cari wang untuk membayarnya.

Bukan itu sahaja, para warganet turut menzahirkan rasa kecewa kerana seharusnya pihak berkuasa membantu gol0ngan yang susah saat ini bukannya membebankan lagi mereka.

PENJELASAN DARI PESURUHJAYA p0lis SABAH

Pesuruhjaya p0lis Sabah Hazani Ghazali mempertahankan tindakan pihaknya mengenakan kompaun RM1,000 terhadap lapan penduduk pedalaman negeri ini yang keluar membeli barang keperluan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Hazani bersimpati dengan penduduk terbabit, namun menegaskan ia dibuat demi memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap pentingnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menjelaskan kejadian pada 27 Jan itu, Hazani berkata penduduk kampung berkenaan menaiki kenderaan “sapu” atau tanpa permit, menuju ke pekan Tenom untuk membeli barang keperluan.

“Pemandu ‘kereta sapu’ ini cuba mengaut untung lebih dengan membawa lebih 50% daripada kapasiti penumpang yang dibenarkan.

“Kompaun diberikan kepada pemandu terbabit, begitu juga dengan penumpangnya kerana mereka juga didapati melan ggar SOP.

“Saya sangat bersimpati kepada penduduk kampung ini, mereka tidak tahu sangat (berkenaan SOP) tetapi oleh kerana si pemandu kereta sapu yang mahu mengaut untung lebih, p0lis kena ambil tindakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat p0lis kontinjen (IPK) Sabah.

Hazani berkata, berikutan kejadian yang v!ral itu, beliau menyeru pemimpin peringkat komuniti supaya meningkatkan kesedaran berkaitan SOP kepada penduduk kampung supaya kejadian sama tidak berulang.

Katanya, kejadian itu ada kaitan dengan kurangnya pemahaman penduduk kampung khususnya di pedalaman berhubung SOP serta PKP yang sedang berkuatkuasa.

“Pemimpin komuniti seperti ketua kampung, JKKK (jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung) dan lain-lain perlu memainkan peranan untuk memperluaskan serta meningkatkan kesedaran penduduk kampung,” katanya.

Dalam pada itu, Hazani turut berpendapat kejadian berkenaan yang ditu larkan adalah satu bentuk pr0vokasi terhadap pasukan keselamatan yang selama ini banyak menggunakan budi bicara dalam menguatkuasakan PKP.

“Jika p0lis melaksanakan sepenuhnya SOP PKP yang dikuatkuasakan selama ini, maka lebih banyak komp4un akan dikenakan.

“Sehubungan itu, p0lis kontinjen Sabah menasihatkan orang awam terutama rakyat di negeri ini agar patuh SOP yang dikuatkuasakan dalam usaha melandaikan pandemik C0VID-19 ini,” katanya. – Sumber & foto dipetik dari The v0cket, FMT

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Mytv Viral

Be the first to comment on "Isu 8 Penduduk Miskin Sabah Dikomp4un, Ini Respon Pesuruhjaya Polis Sabah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*