“Ded4h Mahu Berehat Dari Dunia Seni Dan Hiburan,” Ini Penjelasan Disebalik Keputusan Neelofa

Nama pengacara, pelakon, model dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa sudah tidak asing lagi di dalam industri seni dan hiburan.

Bermula dari satu pertandingan ratu cantik sehingga kini sudah mengukir nama di persada antarabangsa, Neelofa ketika ditemu bual di sidang media pelancaran aplikasi TheNoor secara dalam talian memberitahu bahawa dirinya mahu berehat dari dunia seni.

Ditanya mengenai keputusannya itu, usahawan itu mendedahkan keputusan beliau memilih untuk berehat sebentar dari industri seni hiburan adalah kerana mahu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan yang sedang diusahakan ketika ini.

Selain memiliki perniagaan Naelofar Hijab dan Susu Pisang Nilofa, beliau juga telah melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana iaitu TheNoor pada 28 Januari 2021 hasil perkongsian tiga rakan kongsi yang dilengkapi pelbagai ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat dan lokasi masjid berdekatan.

Disebabkan komitmen yang harus dipikul, Neelofa memilih untuk tidak mengambil apa-apa tawaran berlakon mahupun mengacara.

Dalam pada itu, ditanya mengenai status hubungannya bersama PU Riz, Neelofa mendedahkan bahawa hubungan cinta mereka masih utuh dan berada dalam keadaan baik.

Neelofa turut menjelaskan, sebelum ini wujud  salah faham serta cerita tidak berasas sehingga memburukkan keadaan dan hubungan mereka, namun segalanya sudah diselesaikan secara baik dan beliau juga bakal mengumumkan mengenai perancangan perkahwinan dalam waktu terdekat ini.

Sumber: hotfm

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MOTIFVIRAL

Be the first to comment on "“Ded4h Mahu Berehat Dari Dunia Seni Dan Hiburan,” Ini Penjelasan Disebalik Keputusan Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*