“Dah Kosong Tapi Tak Lama” Lagu PKP 2.0 Dapat Sambutan, Nyanyian AG Coco Dipuji Ramai!

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan di semua negeri kecuali Sarawak, penulis lagu AG Coco telah mengambil peluang untuk menghasilkan satu buah tangan yang tak disangka-sangka.

AG Coco Mahu Penyusun Lagu Diiktiraf - Hiburan | mStar

Lagu yang diberi judul PKP 2.0 itu telah dinyanyikan oleh AG Coco sendiri yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Hujan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ML Studios (@mlstudiosmy)

Dalam masa yang sama, lagu tersebut telah menggunakan rentak asal lagu Bismillah yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Raihan.

Apa yang lebih menarik ialah lirik yang digunakan merupakan beberapa perkara yang telah terjadi sepanjang tahun 2020 lalu.

“Begitu lah berbulan PKPPPKP, PKPK lah sampai tak boleh pikiaq! PKPBPKPDPKP, ramai-ramai jaga lah SOP! Jangan jadi 2020 lagi, tahun ini jangan jadi lagi!”

Ramai pengguna Instagram nampaknya terhibur dengan lagu berkenaan dan tidak menyangka bahawa AG Coco akan menghasilkan lagu seperti itu.

Sebelum ini ketika PKP yang diadakan pada awal tahun 2020, ada juga yang menyunting video ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada video nyanyian rap.

Video tersebut turut menjadi trend ketika itu sehingga mendapat perhatian Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

Apa pun terima kasih AG Coco sebab hasilkan lagu yang kreatif seperti itu, harap-harap lepas ni tak ada la sambungan PKP 3.0 pula, risau ya!

Sumber foto dan video: Instagram ML Studio dan Instagram AG Coco

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber  :  https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment on "“Dah Kosong Tapi Tak Lama” Lagu PKP 2.0 Dapat Sambutan, Nyanyian AG Coco Dipuji Ramai!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*