Shima Anuar pula p0sit1f C0v1d-19, mengaku bukan k0ntak rapat p3sakit – “Dalam kepala fikir anak-anak saja sekarang ini”

PELAKON Shima Anuar meluahkan rasa s3dih apabila disahkan p0sitif C0v1d-19 selepas menjalani ujian saringan pada Sabtu lalu.

Menurut Shima, dia tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana pes4kit C0v1d-19 namun mengambil langkah untuk melakukan ujian saringan tersebut selepas mengalami masalah pernafasan dan sakit kepala.

This really breaks my heart. Saya tak ada k0ntak rapat dengan sesiapa yang kena C0v1d. Buat swab test sebab hari Jumaat lalu tiba-tiba rasa susah nak nafas dan s4kit kepala.

 

Shima berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya.

“Beritahu suami, dia kata mungkin sebab saya tak makan lagi atau mungkin sebab perut masuk angin. Jadi selepas dah makan semua dah okay la. Tapi saya cakap dengan suami nak buat juga swab test just for precaution.

“Sebab k3s makin hari makin banyak. It can be anywhere,” tulis Shima menerusi Instagram miliknya pada Isnin.

Pelakon filem Highland Tower tersebut turut memuat naik paparan skrin keputusan ujian saringan C0v1d-19 yang diterima pada Ahad.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti antaranya Mia Ahmad, Sherry Alhadad, Feeya Iskandar serta Eyka Farhana mendoakan agar aktres yang juga usahawan makanan itu cepat sembuh.

Siapa yang ada jumpa saya minggu lalu meeting, minta sama-sama buat swab test juga ok?

SHIMA ANUAR

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini memberitahu suaminya iaitu Mohd Solih Toha sudah melakukan ujian saringan C0v1d-19 pada Ahad dan keputusannya negatif.

Bagaimanapun Shima bimbang dengan keadaan dua orang anaknya iaitu Marian Sophia serta Mikhael Imaan yang masih menantikan keputusan ujian saringan dan berharap mereka bebas daripada w4bak tersebut.

Shima yang masih menunggu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menghubunginya bagi tindakan selanjutnya meminta sesiapa yang bertemu dengannya pada minggu lalu untuk turut membuat ujian saringan.

 

Suami Shima negatif dan anak-anak masih menunggu keputusan ujian saringan C0v1d.

“Jadi hari Sabtu pergi test dan Ahad dapat result ini. Suami saya pula pergi test semalam (Ahad). Pagi ini keputusan dia negatif. Hanya saya seorang positif. Tak tahu nak gambarkan perasaan ini macam mana.

“Dalam kepala fikir anak-anak saja sekarang ini. Mereka semua dah pergi test pagi tadi. Harap anak-anak saya selamat daripada C0v1d. Doakan kami. Siapa yang ada jumpa saya minggu lalu, minta sama-sama buat swab testjuga ok?

“Sekarang saya tengah tunggu KKM hubungi saya tapi daripada semalam lagi memang dah kuarantin duduk bilik bawah dan tak keluar pun,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Shima Anuar pula p0sit1f C0v1d-19, mengaku bukan k0ntak rapat p3sakit – “Dalam kepala fikir anak-anak saja sekarang ini”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*