[Video] Nenek Rockers Nyanyi Lagu ‘Pelesit Kota’ Bikin Netizen Terhibur

Bukan hanya orang muda-muda je tau yang suka karaoke, kadang-kadang orang tua-tua pun sama. Lagi-lagi kalau kita pergi kenduri kahwin. Mesti ada punyalah otai yang tengah tangkap leleh nyanyikan lagu favourite dia zaman bercinta dulu. Tapi lain pula kes nya dengan nenek yang viral ni, dia pilih untuk karok lagu rock tau!

Walaupun lengkap berbaju kurung, tapi itu tak halang nenek tersebut untuk jadi rockers. Dengan gaya nyanyian rockers yang sejati, memang terbaik lah! Kadang-kadang bunyi macam terover jadi black metal pun ada hahaha. Itu belum lagi tengok lenggok badan dengan kaki dia. Dekat part tarik yang last tu paling dahsyat.

Kalau ikutkan, dia nyanyi dengan seorang lagi pakcik yang berbaju Melayu biru. Tapi tak pasti kenapa dia sahaja yang jadi tumpuan netizen. Rata-rata semua memang terhibur dan respect dekat nenek sebab berjaya bawa lagu dengan begitu superb!

Confirm bakat nenek ni time muda-muda dulu nyanyi lagu rock. Takpelah, asalkan lepas gian di tempat yang betul. Yelah, daripada dia pergi ke pusat-pusat karaoke yang masih lagi belum dibenarkan kerajaan, baik dia nyanyi dekat kenduri. Dapat juga hiburkan tetamu yang lain.

Kredit: Twitter Humansicks

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Ohmedia

Be the first to comment on "[Video] Nenek Rockers Nyanyi Lagu ‘Pelesit Kota’ Bikin Netizen Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*