“Pertama Kali Buat Kejvtan Untuk Isteri,” Syahmi Sazli Hadiahkan iPh0ne 12

Umum mengetahui kejayaan dirangkul pengarah muda berbakat besar, Syahmi Sazli menerusi filem pertamanya yang berjudul Mael Totey.

Fenomena filem itu membuatkan namanya semakin meningkat naik dan menjadi perhatian ramai kerana telatah kelakar dan sponton yang sering dikongsi di media sosial.

Baru-baru ini pemilik nama Muhammad Syahmi itu memuat naik satu video di Instagram memaparkan dirinya berada di sebuah pusat beli belah untuk membeli sebuah telefon bimbit berjenama Apple.

Menerusi perkongsian itu, dia mahu membuat kejutan untuk isterinya Annisa Faizul buat pertama kali setelah kenal sejak tiga tahun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

“Sejak tiga tahun kenal Nissa, ini baru first time buat surprise untuk dia. Kekok sikit. haha,” tulisnya.

Anak kelahiran Kelantan ini juga berkongsi dia memilih untuk menghadiahkan telefon bimbit kerana isterinya ada memberitahu untuk membelinya sendiri, namun dia mahu berjimat untuk lebih fokus kepada perniagaan kosmestiknya.

“Haritu dia ada cakap dia berkenan dengan iPhone baru tapi dia nak berjimat untuk perniagaan dia,” katanya di dalam video itu.

Kejutan itu dilakukan di kedai makan dan Syahmi menyuruh pekerja kedai itu untuk meletakkan telefon bimbit tersebut di atas pinggan bersama sekeping nota yang ditulis sendiri.

Aksi sebak Anissa menerima kejutan itu membuatkan rata-rata netizen turut sebak dan gembira melihat pasangan bahagia itu.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurnikan seorang cahaya mata perempuan bernama Ainul Mardhiah pada 8 Januari 2019.

Sumber: Instagram Syahmi Sazli

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MV

Be the first to comment on "“Pertama Kali Buat Kejvtan Untuk Isteri,” Syahmi Sazli Hadiahkan iPh0ne 12"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*