Aliff Aziz Kembali Ke Malaysia, Mahu Mulakan Hidup Baru Dengan Isteri Dan Anak2

Selepas hampir dua tahun pulang ke Singapura susulan pelbagai kontr0versi yang mel4nda diri, penyanyi dan juga pelakon Aliff Aziz dikhabarkan telah kembali ke Malaysia bagi memulakan hidup baharu.

Dia yang juga belum bertemu dengan anak keduanya sejak dilah1rkan telah memuat naik beberapa IG story memaparkan perjalanan berangkat ke Malaysia bertemu dengan keluarga tersayang.

Menerusi Mstar, memetik perkongsian daripada ibu Aliff Aziz di Instagram, wanita itu telah memuat naik momen keluarga mereka menghantar penyanyi itu ke lapangan terbang untuk ke Malaysia bertemu isterinya iaitu Bella Astillah serta anak-anak.

Dalam video tersebut ibu kepada Aliff mengucapkan selamat jalan buat anak sulungnya yang akan bertemu dengan isteri serta anak-anak di Malaysia.

Dia juga mengakui berat untuk melepaskan anaknya pergi namun memahami tanggungjawab yang harus dipikul sebagai suami.

“Hari ini saya mengucapkan selamat tingga kepada anak saya. Alhamdulillah selepas hampir dua tahun, akhirnya dia kembali ke Malaysia untuk bersama isteri dan anak-anak.”

“Walaupun berat untuk melepaskan, kami faham tanggungjawabnya untuk bersama keluarga adalah lebih penting.” Tulisnya.

Sehubungan dengan itu, dia mendoakan agar anaknya dapat menjadi 1nsan yang lebih baik pada masa akan datang dan sentiasa menjaga diri serta keluarga dengan sebaiknya selepas ini.

“Kamu sentiasa ada di dalam doa, jaga diri dan keluarga kamu. Kembali bangkit dan jadilah insan baru yang jauh lebih baik.” Tambahnya.

Aliff dan Bella Astillah telah berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata Mohamad Ayden Adrean berusia tiga tahun.

Namun pada pertengahan tahun lalu, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berpisah sebelum rujuk semula dan Bella hamil anak kedua mereka, Ara Adreanna yang kini sudah berusia hampir 5 bulan.

Sumber: Mstar Online

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Penmerah

Be the first to comment on "Aliff Aziz Kembali Ke Malaysia, Mahu Mulakan Hidup Baru Dengan Isteri Dan Anak2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*