Popular di TikT0k, gadis ini menggigil tengok video kem4tiannya sendiri – “Dia tulis kepala ot4k saya pecah”

BAGI sesiapa yang aktif di aplikasi TikTok, nama Nurin Lofa pastinya tidak asing lagi.

Mana tidaknya, dalam tempoh singkat, gadis yang popular dengan video bebelannya itu berjaya meraih setengah juta pengikut.

Terbaharu, pemilik nama Nurin Lofa Adrianna Kirana, yang berusia 16 tahun itu mengakui kecewa apabila ada individu tidak bertanggungjawab menyebarkan berita kem4tiannya di TikTok.

Mesra disapa Nurin, dia menyedari kejadian itu pada Jumaat setelah dimaklumkan oleh beberapa individu mengenainya.

“Ada orang buat video TikTok, maklumkan bahawa saya sudah meningg4l dunia dalam kem4langan. Dia tulis bahawa kepala ot4k saya pecah dan saya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Saya separuh pengs4n bila dapat berita tu. Saya memang ada anxi1ety att4ck. Bila dapat tahu, terketar-ketar tangan saya. Memang berdebar.

Kata Nurin, dia kecewa dengan berita palsu itu.

“Saya ingatkan mereka main-main sebab saya tak jumpa video tu. Rupa-rupanya video tu memang ada,” ujarnya kepada mStar.

Kata Nurin, dia yang kini berada di kediaman kakaknya di Pahang bercadang membuat lap0ran polis berkenaan hal itu dalam masa terdekat.

Menurut Nurin lagi, dia cukup sedih dengan kewujudan berita kem4tian p4lsu itu dan tidak tahu di mana silapnya sehingga diperlakukan sedemikian rupa.

 

Memang sedih dan terkilan sebab tak tahu kat mana salah saya.

NURIN

Jelasnya lagi, ia bagaimanapun tidak akan melunturkan semangatnya untuk terus menghiburkan pengikut di TikTok dengan video-video baharu.

“Kakak saya kata, kalau b3nci sekali pun janganlah fi1tnah begitu. Saya pun rasa dah lama tak cari g4duh dengan sesiapa.

“Saya maafkan je orang yang buat video tu, tapi harap dia tak buat lagi. Jangan buat main hal kem4tian.

Memaafkan pelaku itu, namun Nurin bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat.

“Memang sedih dan terkilan sebab tak tahu kat mana salah saya. Saya tak akan berhenti buat video, tapi akan lebih berhati-hati,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada September lalu, Nurin yang namanya tiba-tiba meledak di TikTok mengambil peluang melakukan ulasan berbayar (paid review) sehingga mampu menjana pendapatan mencecah empat angka.

Malah, wang itu turut dimanfaatkan Nurin untuk belanja diri sendiri serta membantu kewangan keluarganya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Popular di TikT0k, gadis ini menggigil tengok video kem4tiannya sendiri – “Dia tulis kepala ot4k saya pecah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*