Pengunjung Dah Beratur Depan Pintu Masuk KWSP Tapi Tak Dibenarkan Masuk. Rupanya Ada Yang Dah Kena Covid? (Video)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) cawangan Johor Bahru ditutup tiga hari susulan terdapat kakitangannya positif Covid-19.

Video Berada Di Bawah Artikel

Penutupan cawangan itu bermula hari ini sehingga Selesa ini sebagai langkah berjaga-jaga selain proses sanitasi akan dilakukan.

Segala urusan di cawangan KWSP Johor Bahru ditangguhkan sebelum beroperasi semula hari Selasa depan.

RAMAI YANG HADIR UNTUK DAFTAR KWSP i-SINAR TERPAKSA PULANG HAMPA

Tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai hadir untuk berurusan terpaksa akur dengan penutupan cawangan terbabit.

Seorang suri rumah, Norazizah Mian, 45, berkata, dia datang ke cawangan KWSP untuk mendaftarkan I-Sinar.

“Saya sampai dalam 15 minit tadi, bila dah sampai tengok ada notis memaklumkan KWSP ditutup tiga hari.

“Saya tanya anggota keselamatan bertugas dia cakap ada kakitangan positif Covid-19,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial memaklumkan KWSP Johor Bahru ditutup.

Menerusi rakaman itu, seorang pegawai dipercayai pengawai keselamatan membuat pengumuman menggunakan pembesar suara di hadapan pintu masuk KWSP Johor Bahru.

“Terdapat anggota (kakitangan) KWSP positif Covid-19, anda tidak digalakkan berurusan di KWSP Johor Bahru,”katanya.

Video Pengumuman Di KWSP Johor

https://www.facebook.com/zulhazriabubakar/videos/10223706624993840

Komen Netizen:

“Sebab tu rakyat mintak dipermudahkan urusan..tak perlu jumpa pegawai untuk rayuan permohonan sebab takut jadi isu macam ni..mudahkan syarat pengeluaran.”

“Permudahkan la pengeluaran kwsp tu mcm i-lestari…ini tak,kne buat i-akaun la,kretiria la,apa la ini la…xpasal2 kne tutup covid..ha susahkan rakyat lagi.”

“Hahahhaha…tak pernah amik pengajaran apa yang berlaku dulu…21hb ni mesti penuh pejabat kwsp…lepas 2 minggu wujud kluster KWSP hahaha  ,, apa salah nya kerajaan lulus ja secara automatik yang mana lulus i lestari dlu…”

Sumber : Kosmo Online / Info Roadblock JPJ/Polis

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

 

Be the first to comment on "Pengunjung Dah Beratur Depan Pintu Masuk KWSP Tapi Tak Dibenarkan Masuk. Rupanya Ada Yang Dah Kena Covid? (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*