Kisah Lama Tidak Menghalang Erra Fazira dan Awie Untuk Kekal Bersahabat

Kisah percintaan selebriti banyak kita ketahui sama ada mereka bercinta atau putus cinta.

Kisah sama pernah berlaku antara penyanyi dan pelakon Erra Fazira dan Awie suatu ketika dahulu.

Malah mereka pernah bertunang pada tahun 1996 namun jodoh mereka tidak berpanjangan.

Biarpun begitu, hal yang lalu tidak usah dikenang dan jadikan ia sebagai memori yang menjadi sebahagian asam garam dalam kehidupan.

Pada 3 Disember 2020, Erra telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

Hantaran itu menunjukkan Erra memberi hadiah kepada Awie sempena ulangtahun kelahiran Awie yang telah berlalu pada 24 November.

Melalui caption:-

“Hadiah belated birthday kpd kekanda yg budiman @awieofficial ..

Alhamdulillah segala onak duri berjaya ditempuh hingga menjadikan kekanda Dt @awieofficial satu nama besar di persada seni tanahair.. Alhamdulillah.”

Selain itu, Erra juga mengucapkan tahniah kepada Awie dan isteri yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi:-

“Tahniah buat Dt n Datin yg bakal menimang cahayamata tak lama lagi.. semoga seisi keluarga sentiasa dalam rahmat Allah.. berjaya dan bahagia zahir batin, dunia akhirat.”

Bagus mereka ni mengekalkan persahabatan!

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber: Instagram Erra Fazira

via HotFM

 

Be the first to comment on "Kisah Lama Tidak Menghalang Erra Fazira dan Awie Untuk Kekal Bersahabat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*