Pengantin 2 Minggu…

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Begitulah yang dialami oleh seorang wanita ini apabila dia terpaksa menerima hakikat bahawa si suami telah pergi buat selama-lamanya. Lebih menyedihkan apabila mengetahui pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan lalu.

Menerusi perkongsian wanita ini yang dikenali dengan nama Blue meluahkan rasa sedih selepas kehilangan suami tercinta yang banyak mengajarnya tentang kehidupan dan kasih sayang. Bukan itu sahaja, si suami yang dikenali dengan nama Jonathon merupakan insan yang banyak memberi kekuatan buat dirinya itu. Menurut sumber, Jonathon merupakan seorang pejuang kanser sejak tiga tahun lepas. Tetapi keadaan kesihatannya semakin teruk sejak bulan Oktober yang lalu.

Sementara itu, Blue sempat memuatnaik beberapa foto yang diambil pada malam sebelum suaminya itu meninggal dunia dan hari-hari sebelumnya. Wanita ini mengakui Jonathan seorang insan yang sangat kuat kerana walaupun pada ketika itu dia sedang berjuang menahan sakit tetapi dia masih mampu memberikan senyuman.

Menerusi perkongsian terdahulu, pasangan ini sudah mengenali antara satu sama lain hampir empat tahun yang lalu dan pada bulan November 2020, mereka akhirnya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Walaupun mengetahui keadaan kesihatan Jonathan, ianya langsung tidak menjadi penghalang cinta mereka. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata sahaja, Jonathan telah pergi buat selama-lamanya.

Sementara itu, Blue memaklumkan bahawa suaminya itu seorang artis dan sering membuat muzik. Malah sebelum ini juga dia pernah membuat lagu dengan menceritakan perjalanan hidupnya sebagai pejuang kanser. Perkongsian ini telah mendapat 303k tanda suka dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan kisah pasangan ini. Tidak kurang juga yang berharap agar Blue akan terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber: Blue

via Ohbulan

 

Be the first to comment on "Pengantin 2 Minggu…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*