Nabil Tak Kisah Pakaian GV7 Jadi Bahan Jenaka

Hos Gegar Vaganza 7 (GV7), Nabil Ahmad tidak tersinggung dengan kata-kata netizen terhadap pakaiannya setiap minggu.

Malah, Nabil selesa sekiranya pakaian yang dipakai menjadi buah mulut di media sosial sekali gus ia merancakkan lagi rancangan yang dikendalikannya bersama Jihan Muse itu.

“Alhamdulillah kita dapat perhatian di media sosial. Orang bercakap macam-macam, ada kata saya macam lobaklah, the mask-lah.

“Saya tak kisah, saya suka. Boleh teruskan lagi.

“Sebenarnya saya nak buat yang terbaik supaya apa yang saya pakai orang akan bercakap-cakap,” katanya kepada Gempak.

Beberapa minggu sejak GV7 bersiaran, pakaian yang diperagakan oleh Nabil sering disamakan dengan pelbagai objek oleh netizen di media sosial.

Jika Ahad lalu sut Nabil disamakan dengan highlighter oren dan lobak, terdahulu sut hijau neon pengacara itu pernah disamakan dengan Ratu Britain, Elizabeth II.

 

— aronnim (@noorsyaza01) November 29, 2020

Bagaimanapun, Nabil secara berseloroh akui sedikit tersinggung apabila saiz perutnya menjadi bualan netizen minggu lalu.

“Saya harap minggu depan lagi jahat sebenarnya. Saya pun nak berkepak, ada buah-buahan atas kepala.

“Sepanjang GV7, saya tak ambil hati dengan kata-kata netizen cuma minggu lepas saya terasa sikit sebab orang kata saya buncit,” katanya sambil tertawa.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Nabil Tak Kisah Pakaian GV7 Jadi Bahan Jenaka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*