“Bomba Satu Dunia Pun Tak Mampu Kurangkan Panas…” – Azhan Rani

 

Pelakon Azhan Rani yang popular dengan gelaran ‘Ustaz Mahadi’ daripada drama lakonannya bertajuk Nur, kini terlibat dalam penggambaran sebuah telemovie untuk slot Cerekarama di TV3.

Pada 30 November 2020, Azhan telah memuat naik satu perkongsian di Instagram yang menunjukkan dirinya sempat bergambar dengan beberapa orang ahli bomba.

Melalui caption dengan kata-kata gurauan itu, Azhan turut selitkan sedikit peringatan:-

“banyakkan buat kebaikkan. jauhi la api neraka kerana panggil la bomba satu dunia pun tak akan mampu mengurangkan panas api neraka tu. nak padamkan tu toksah cerita la.”

Bagus juga begini, dalam perkongsian di media sosial pun boleh beritahu sedikit peringatan buat para pengikut di laman sosial.

Dalam pada itu, Azhan juga berterima kasih kepada pihak yang bekerjasama menjayakan telemovie yang diberi judul Fateema Azzahra:-

“setinggi2 penghargaan dan terima kasih buat semua unit anggota bomba dan penyelamat balai bomba kkb atas layanan baik dan kerjasama yang tak berbelah bagi demi menjayakan telemovie #fateemaazzahra ini.”

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber: Instagram Azhan Rani

via HotFM

 

Be the first to comment on "“Bomba Satu Dunia Pun Tak Mampu Kurangkan Panas…” – Azhan Rani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*