Nyanyian Dalam Wad Aliff Satar Menyentuh Hati Netizen

 

Di ketika dunia berdepan dengan situasi pandemik yang cukup mengusarkan, namun kehidupan mesti diteruskan. Aktiviti harian seperti keluar bekerja tetap ada yang perlu lakukan demi kelangsungan hidup tapi haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan demi mengelakkan dari penularan ini terus berlaku.

Walaubagaimana pun baru-baru ini seorang selebriti berbakat besar, Alif Satar disahkan positif Covid-19 dan telah pun menerima rawatan dan ditahan di wad hospital. Berita mengenainya telah mengemparkan industri hiburan tanah air.

Terbaharu Alif Satar berkongsikan satu video nyanyian lagu Dambaan Cintamu versi dalam wad. Biarpun kini Alif Satar berada di dalam wad, namun nyanyiannya tetap merdu seperti kebiasaanya. Berikut adalah video nyanyian Alif Satar, Dambaan Cintamu versi dalam wad yang dikongsikannya menerusi laman Instagram selebriti ini:

Perkongsian Alif Satar ini telah mencuri perhatian ramai. Video nyanyian Dambaan Cintamu versi dalam wad ini telah meraih lebih setengah juta tontonan dan 146 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan kata-kata semangat dan doa kesembuhan Alif Satar. Malah ada juga yang sebak mendengarkan nyanyian dari selebriti lelaki ini. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Sedih tengok muka Alif Satar. Syafakallah. Semoga Allah permudahkan. Aminn”

Dambaan Cintamu versi dalam wad 3

“Sebak dengar..Semoga diberi syifa untuk Alif sekeluarga”

Dambaan Cintamu versi dalam wad 2

“Sedih lak. Semoga cepat sembuh”

Dambaan Cintamu versi dalam wad

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Himpunan Cerita Lawak

 

Be the first to comment on "Nyanyian Dalam Wad Aliff Satar Menyentuh Hati Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*