Tuju K-Clique Kongsi Nama Anak..

Penyanyi rap popular, Tuju berkongsi nama anak sulungnya bersama Loca B, menerusi siaran langsung MeleTop sebentar tadi (Selasa).

Menerusi pendedahan ekslusif tersebut, Tuju memberitahu dia dan isteri memilih untuk menamakan bayi lelaki mereka sebagai Bintang Aiko.

“Nama baby saya Bintang Aiko,” jawabnya ketika ditanya Nabil.

Dalam pada itu, Tuju berkata anak dan isterinya kini berada dalam keadaan sihat serta Loca B sedang berpantang.

“Alhamdulillah, bayi berada dalam keadaan sihat. Isteri juga sedang berpantang sekarang di rumah,”

kata Tuju menjawab soalan hos jemputan Uyaina Arshad.

Bagaimanapun katanya, dia tidak dapat bersama isteri dan anaknya buat masa ini kerana sedang menjalani kuarantin kendiri.

“Walaupun ujian calit pertama negatif, tetapi saya masih perlu kuarantin selama 14 hari sebelum menjalani satu lagi ujian nanti,” katanya.

Pada Oktober lalu anggota kumpulan K-Clique itu mengakui sudah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap Loca B namun memilih untuk tidak berkongsi tarikh perkahwinan mereka.

Jelas Tuju, dia lebih selesa untuk menyimpan serta mendiamkan diri daripada bercakap mengenai hal peribadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Tuju K-Clique Kongsi Nama Anak.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*