‘Powerlah’ nenek

 

New Delhi: Seorang nenek di India dianggap hebat apabila melakukan pelbagai sukan angkat berat dengan kudrat tuanya itu.

Uniknya, warga emas berusia 82 tahun itu melakukan pelbagai sukan angkat berat dengan hanya memakai sari.

Kehebatan wanita berkenaan dikagumi warganet selepas cucunya, Chirag Chordia memuat naik video aktiviti neneknya itu membuat latihan angkat berat ketika memakai sari.

Menurut Chirag yang juga jurulatih gimnasium, neneknya seorang yang sangat bertenaga ketika usia muda.

“Dia suka menyertai aktiviti sukan seperti berenang dan bermain beberapa permainan. Dia juga walaupun sudah berkahwin.

“Namun, pada usianya yang tua, dia mengalami kecederaan di pergelangan kakinya sebelum pernah jatuh dari tempat tidurnya.

“Sejak itu, kesihatannya mula merosot dan takut membongkok atau mengambil sesuatu di lantai,” katanya seperti dipetik dalam portal India Today.

Dalam satu hantaran di Instagram, Chirag menjelaskan neneknya berlatih kerana ingin bebas melakukan rutin hariannya tanpa rasa takut, mahu berdikari dan menguji kebolehannya.

Sementara itu, dalam temu bual bersama Humans of Bombay wanita berusia 82 tahun itu berkongsi bagaimana perjalanan latihannya itu mengubah kehidupannya.

“Saya bermula dengan bergerak perlahan-lahan dari atas katil turun ke lantai dan dari botol air kepada peralatan angkat berat.

“Bengkak di kaki saya semakin berkurang dan saya mendapat kekuatan di bahagian lengan saya sebelum lama kelamaan sakit sendi dan masalah kesihatan dialami beransur hilang.

“Sejak itu, saya mula rasa hidup semula dan rasa lebih muda daripada sebelum ini,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Harian Metro

 

Be the first to comment on "‘Powerlah’ nenek"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*