Netizen ‘Sekolahkan’ Aiman Banna Tentang Isu Sewa Tertunggak

 

Selepas pandemik Covid-19 melanda dunia semenjak awal Januari 2020 ini, ramai yang terkesan sehingga membuatkan ramai yang terpaksa diberhentikan kerja.

Dalam masa yang sama, pendakwah selebriti iaitu Aiman Banna turut terkesan dengan perkara itu selepas dia dikatakan telah ‘dihalau’ daripada pejabat miliknya selepas enam tahun menceburi bidang dakwah dan juga penerbitan buku.

Kami dihalau oleh owner office kerana tak mampu bayar sewa berbulan. Sekarang ada beribu naskah buku memenuhi ruang tamu rumah kami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aiman Banna (@aimaanbanna)

Menurut Aiman Banna atau nama sebenarnya Mujahid Aiman, perniagaan bukunya turut terkesan selepas pandemik ini berlalu sehingga membuatkan dia terpaksa meminta pertolongan daripada warganet.

Pada 12 November lalu, Aiman pernah memuat naik posting di akaun Facebook miliknya memberitahu dia terpaksa menutup sepenuhnya syarikat penerbitan yang pernah menerbitkan sebanyak 50 buku dakwah.

Tambahnya lagi, pejabat itu juga telah dikunci oleh pemilik semenjak enam bulan lalu sehingga menyebabkan dia tidak dapat memasuki pejabatnya.

Namun posting berkenaan telah dikecam hebat oleh beberapa warganet kerana menganggap dia tidak sepatutnya bertindak seperti menjadi mangsa keadaan kerana dia sendiri yang tidak dapat melangsaikan hutang sewa berkenaan.

Bagi mereka, pemilik pejabat berkenaan tidak salah sama sekali kerana jika dia salah sudah semestinya mereka  telah dihalau pada bulan pertama bukannya selepas bulan ketujuh.

Ada juga yang turut mengaitkan isu itu dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan olehnya berkaitan pembayaran hutang.

Harap-harap perkara ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin ya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : HotFM

 

Be the first to comment on "Netizen ‘Sekolahkan’ Aiman Banna Tentang Isu Sewa Tertunggak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*