Anak Gajah Menyorok Di Belakang Tiang Akibat Kantoi…

Dipercayai sedang enak menikmati kemanisan tebu, selera seekor anak gajah terganggu apabila muncul kelibat manusia dengan berlampu suluh datang ke arahnya.

Menurut Daily Mail, anak gajah itu kemudiannya cuba ‘bersembunyi’ di sebalik tiang lampu berhampiran, biarpun dirinya jelas kelihatan.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Chiang Mai itu membuatkan membuatkan orang ramai terhibur dengan gelagatnya. Kiriman yang dikongsikan di Facebook itu mendapat perhatian hampir 3,000 pengguna yang geli hati dan tak kurang juga ada yang ‘membahan’ si anak gajah berkenaan.

Comel

Duduk senyap-senyap, nanti orang nampak

Mana? Saya tak nampak apa-apa

 

Lapor Daily Mail, sekitar 2,000 gajah hidup secara meliar di Thailand di mana kadangkala berlaku pertembungan dengan manusia.

Haiwan ini merupakan spesies dilindungi di negara berkenaan. Tindakan membunuh haiwan itu akan dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda 1,000 baht (kira-kira RM134).

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber: Daily Mail, Facebook

via Siakapkeli

 

Be the first to comment on "Anak Gajah Menyorok Di Belakang Tiang Akibat Kantoi…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*