Lakaran budak kesan pesalah

Berlin: Siapa sangka lakaran empat kanak-kanak di Jerman berjaya membantu polis menjejaki individu yang melakukan kesalahan jalan raya.

Portal Gulf News melaporkan kanak-kanak itu menjadi saksi utama satu kemalangan di daerah Bockum-Hovel pada 11 November lalu.

Ketika itu, keempat-empat mereka berjalan kaki dan dalam perjalanan ke sekolah mereka, Overberg School.

Ketika sampai di lampu isyarat, mereka menyaksikan sebuah kenderaan berwarna hitam membelok ke arah kiri dan melanggar penghadang jalan.

Ia menyebabkan penghadang jalan itu mengalami kerosakan, namun pemandunya terus memecut kenderaan dan meninggalkan tempat kejadian.

Kanak-kanak itu menceritakan kejadian itu kepada guru kelas mereka sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis.

Mereka kemudian membuat lakaran kejadian kemalangan itu termasuk gambar muka pemandu wanita dalam kejadian itu.

Walaupun tidak berapa jelas, salah satu lakaran menunjukkan imej wanita dengan rambut perang muda.

Polis tempatan berkata, lakaran kanak-kanak itu menjadi sebahagian daripada maklumat yang membantu siasatan kes berkenaan.

“Luisa, Romy, Celina dan Luis dari Kelas Dragon, Overberg School layak mendapat pujian khas daripada polis,” tulis jabatan polis itu, polizei_nrw_ham di Twitter.

Ciapan itu turut dimuat naik bersama hasil lakaran kanak-kanak itu yang berjaya membantu polis menjejaki individu terbabit.

Lakaran itu diulang ciap ramai warganet termasuk pelukis muda hingga menjadi tajuk bahan berita di media antarabangsa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Harian Metro

 

Be the first to comment on "Lakaran budak kesan pesalah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*