(Global) Dua Juruterbang Disiasat, Buat ‘Lakaran Aneh’ Di Udara

DUA juruterbang disiasat selepas didakwa membuat ‘laluan udara’ menerusi radar yang menyerupai bentuk aneh di ruang udara Rusia.

Kru syarikat penerbangan Pobeda itu dilaporkan melakukan penerbangan dengan laluan yang membentuk kemaluan lelaki.

Kejadian itu susulan insiden kapten pasukan Rusia, Artem Dzyuba yang digantung daripada bermain untuk skuad kebangsaan, selepas rakaman seksu@l beliau tular di media sosial.

Menerusi video radar, objek berbentuk kemaluan itu dirakamkan menerusi penerbangan DP407, dalam perjalanan dari Moscow ke Yekaterinburg, pada 11 November.

“Ini mungkin cara di mana kapten Pobeda menyatakan sokongan mereka kepada kapten pasukan Rusia, Artem Dzyuba dan menunjukkan sokongan terhadap Artem yang menjadi mangsa buli,” kata seorang jurucakap syarikat penerbangan itu.

Susulan insiden tersebut, Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan menyiasat tindakan protest yang berlaku di ruang udara di bandar Neftekamsk itu.

Laporan menunjukkan kru meminta izin untuk manuver di udara kerana perlu memeriksa peralatan navigasi radio.

Dalam pada itu, penerbangan menerusi syarikat penerbangan tambang rendah Pobeda itu tiba dengan kelewatan 20 minit di Yekaterinburg daripada waktu yang dijadualkan. – Mirror

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "(Global) Dua Juruterbang Disiasat, Buat ‘Lakaran Aneh’ Di Udara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*