(Global) Rambut Elvis Presley dilelong RM32,665

London: Kisah Raja Rock ‘n’ Roll, Elvis Presley sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila beberapa helaian rambutnya dijangka dilelong pada harga antara 4,000 Pound Sterling (RM21,777) dan 6,000 Pound Sterling (RM32,665).

Rambut penyanyi terkenal itu dijadualkan dilelong pada acara jualan muzik di Hansons Auctioneers di Bishton Hall, Wolseley Bridge, Stafford pada 19 November ini.

Memetik portal Express & Star, rambut Elvis itu dikumpul oleh pendandan rambutnya, Homer Gilleland.

Rambut itu dilekatkan pada kad cenderahati dengan ucapan berbunyi: “Kad ini mengandungi rambut Raja Rock ‘n’ Roll yang digunting oleh Encik Gil dari Memphis, sentiasa menjadi kenangan anda pada masa depan- Elvis 1935-1977.”

Difahamkan, kad berisi rambut itu akan dijual bersama raket yang pernah digunakan Elvis yang menjadi milik peminat berusia 75 tahun dan pesara pengurus projek pembangunan, Tom Unwin.

ELVIS. FOTO Agensi
ELVIS. FOTO Agensi

Unwin berkata, dia membeli rambut berkenaan kira-kira 10 tahun lalu dan raket itu pada 2002 dari seorang lelaki yang mengendalikan kelab peminat Elvis miliknya.

“Saya menjadi peminat Elvis sejak usia saya masih 15 tahun lagi.

“Saya mengumpul kenangan seumur hidup saya. Segala-galanya anda boleh bayangkan hanya untuk Elvis.

“Saya pernah ke rumahnya beberapa kali di Graceland, Memphis, Tennessee dan bertemu dengan rakan kumpulannya dan isterinya, Priscilla Presley,” katanya.

Katanya, dia membuat keputusan menjual kenangan milik Elvis kerana mahu berkongsi kegembiraan yang pernah dialaminya selama ini.

“Saya menjualnya sekarang kerana saya sangat gembira menunjukkan kenangan Elvis yang saya miliki kepada rakan beberapa tahun ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Harian Metro

 

Be the first to comment on "(Global) Rambut Elvis Presley dilelong RM32,665"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*